Adakah Kamu Sudah Bersedia untuk Kembali ke Sekolah pada Tahun 2021? 

Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi, mengumumkan pembukaan penggal pertama persekolahan bagi 2021 ditetapkan pada Rabu, 20 Januari 2021. Adakah kamu berasa teruja atau berasa bimbang tentang keselamatan dan pelajaran?

Berikut adalah beberapa petunjuk untuk rujukan kamu:

Pertama: Melaraskan Masa untuk Menyambut Penggal Baru

Kehidupan harian ramai murid terganggu sewaktu cuti sekolah. Normal kerja, rehat atau makan minum menjadi tidak tentu dan mereka juga sering tidur lewat dan bangun lewat. Ini menyebabkan murid-murid susah untuk menyesuaikan diri dengan normal hidup apabila penggal persekolahan bermula.

Murid-murid boleh membuat jadual harian untuk menyelaraskan jam biologi ke mode persekolahan. Contohnya, menyediakan satu “pelan sebelum tidur”. Murid-murid boleh menggosok gigi dengan lebih awal untuk menyediakan diri untuk memasuki tidur. Mereka juga boleh mendengar muzik atau membaca buku untuk menenangkan diri sebelum tidur.   

Kedua: Melaraskan Sikap untuk Memasuki Keadaan Persekolahan Secepat Mungkin

Cuti yang bersenang-senang amat berbeza dengan penggal sekolah yang tegang. Menyesuaikan diri dengan suasana baru adalah perkara yang tidak senang. Tetapi, cuba fikir balik. Dahulunya, kita mungkin tidak biasa dengan keadaan duduk di rumah dan pembelajaran dalam talian. Kini, kita berasa menyesuaikan diri dengan suasana baru bukan suatu perkara yang amat susah.

Kita boleh menggunakan sedikit masa sebelum tidur untuk merancang tentang esok hari dan menuliskannya. Ini dapat memastikan kamu tahu apa yang perlu dibuat pada keesokan hari dan tidak akan membazirkan masa.

Selain itu, suasana membaca yang kondusif perlu dicipta. Ketiadaan suasana membaca di rumah menyebabkan kita menjadi malas. Sebaliknya, di bawah pengawasan rakan-rakan sekolah, suasana membaca yang kondusif dapat dihasilkan dan membolehkan kita belajar dengan bersungguh-sungguh.

Jika kamu berasa bimbang, kamu perlu…

  • Mempercayai diri sendiri. Jangan terlampau risau jika tahap kamu jauh berbeza dengan murid-murid lain. Bertembung dengan kesusahan dalam pembelajaran merupakan perkara yang biasa. Jangan malu bertanya kepada cikgu atau murid-murid lain. Kerisauan yang terlampau akan mengganggu perasaan dan pembelajaran kita.
  • Belajar mencari cara yang sesuai untuk menenangkan diri. Kamu boleh mendengar lagu, jogging dan memberikan ruang kepada diri sendiri untuk bertenang. Rehat yang bersesuaian adalah gaya hidup yang sihat.
  • Mencari kawan atau guru untuk meluahkan perasaan juga satu cara yang baik untuk bersantai. Apabila kamu meluahkan perasaan maka kamu dapat membebaskan diri dari emosi negatif. Prihatin dari kawan dan guru juga dapat menolong kamu mengurangkan kebimbangan.

Ketiga: Menyediakan Kelengkapan persekolahan

Menyediakan buku-buku dan kelengkapan persekolahan sebelum kembali ke sekolah.

Keempat: Mengulang kaji ilmu lama dan bersedia belajar ilmu baru

Kemungkinan murid-murid sudah lupa ilmu yang dipelajari pada penggal lepas selepas cuti yang panjang. Oleh itu, murid-murid digalakkan untuk mengulang kaji pelajaran. Pada masa yang sama, buat persediaan untuk belajar ilmu baru dengan memahami pelajaran penggal baru dan melaraskan cara atau teknik belajar.

Kelima: Membuat pelan belajar yang baru dan menetapkan matlamat

Murid-murid digalakkan untuk membuat pelan belajar untuk penggal persekolahan yang baru, seperti memupuk minat baru dan memperkembangkan bakat.

Kesimpulan

Akhirnya, ayat ini digunakan sebagai nasaihat kepada semua:

 “Aku dapat melakukan segalanya melalui Kristus yang memberiku kekuatan.”
(Filipi 4:13)

Semoga penggal persekolahan ini bermula dengan baik dan terus meningkatkan diri. Tuhan memberkati kamu!

Sumber artikel: 搜狐,“开学啦”,你准备好了吗?

About the author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *