Adakah Kita Sedang Berasmara? 

“Adakah kita sedang berasmara?” Ini adalah soalan yang tiada jawapan yang langsung. 

Cinta di antara lelaki dan perempuan adalah satu perasaan, satu sentimen dan juga satu seni yang seharusnya perlu dialami, dirasai, dibelajari, dipupuk dan dijaga.

Untuk membezakan sama ada dua orang sedang berasmara, mereka perlu mengalami satu proses, yang merangkumi aspek yang luas lagi rumit, dan tidak semestinya dapat dinilai. Sememangnya, mencintai dan dicintai adalah prasyarat dalam proses ini.

Apa itu cinta?

Seseorang perlu mengalami dan memahami apa itu cinta sebelum dia dapat mencintai dan merasakan dicintai. Segelintir orang yang tidak dapat mencintai dan merasakan dicintai kerana mereka kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa, adik-beradik atau rakan-rakan dalam proses pendewasaan. Mereka menafikan kewujudan cinta atau tidak jelas tentang makna sebenarnya. Oleh itu, mereka perlu berusaha untuk mengenali dan mengalami kasih sayang.

Mencintai Diri Sendiri Sebelum Mencintai Orang Lain

Individu yang mencintai diri sendiri dapat mencintai orang lain dan menikmati cinta yang semakin baharu dan bertumbuh dalam proses ini. Sebaliknya, individu yang membencikan diri sendiri dan tidak dapat menerima diri sendiri, tidak sanggup dan tidak berani untuk mencintai dan dicintai. 

Imej diri yang negatif menyebabkannya berasa dia tidak layak dan tidak berupaya untuk menerima kasih sayang atau perhatian. Oleh disebabkan kekurangan keyakinan, dia bukan sahaja berasa takut terhadap kasih sayang yang dihulurkan malah lagi takut dilukai setelah menghulurkan kasih sayang.

Setiap Orang Memerlukan Kasih Sayang

Sungguhpun seorang yang berpuas hati dengan diri sendiri akan mencintai orang lain namun dia tidak semestinya mencintai dengan dalam.

Seseorang mungkin mempunyai banyak kenalan tetapi tiada persahabatan yang mendalam dan lagi susah untuknya menjalin hubungan dengan yang berlainan jantina. Ini adalah kerana dia tiada keinginan “diperlukan oleh orang”. Kepuasan dengan diri sendiri menyebabkannya tidak cuba sedaya upaya untuk memberikan dan menerima kasih sayang.

Sedihnya, kepuasan sebegini hanya menipu diri sendiri. Kerohanian yang belum matang dan sikap sombong adalah kerana mereka belum mengenali hidup sepenuhnya. Ini bukan sahaja menghadkan hidup mereka malah mengeksploitasi peluang untuk menikmati kasih sayang.

Cinta yang Benar Tidak Tertakluk kepada Syarat

Kadang-kala kita akan menetapkan pelbagai syarat untuk menentukan sama ada ia ialah atau bukan cinta, contohnya, kematangan, agama, pendidikan, latar belakang, minat dan sebaginya. Namun begitu, kesemua ini hanya menambahkan kegemilangan seseorang. Hakikatnya, menetapkan syarat-syarat untuk memilih pasangan hidup dan menggunakan hiasan untuk membuktikan diri sendiri adalah konsep yang salah. Jangan sesekali menunjuk-nunjuk semasa berasmara!  

Keindahan cinta adalah meletakkan kepentingan pasangan melebihi pandangan dan hak sendiri. Cinta sangat berharga kerana pasangan saling mengaumi kebaikan dan juga saling menerima kekurangan. Dengan sikap sebegini, barulah cinta akan bertumbuh dan berbuah. 

Sumber artikel: 《无朋友》周伟豪、廖晖清等著,2017 The Bridge Communication SDN. BHD.

About the author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *