Adakah Perkenalan Siber Selamat? 

Kita sering terbaca kes jenayah  siber yang membabitkan gadis muda ditipu cinta dan wang.

 Kes selalunya berlaku sebegini:

Hakikatnya, berkenalan dengan yang lawan jantina di laman sosial adalah susah diabaikan. Laman web adalah seperti lautan besar yang tiada sempadan. Penipu cinta siber yang profesional bagai ikan jerung yang mencari mangsa yang naif dan jahil, terutamanya gadis muda yang sedang mencari persahabatan dan cinta. Jika kamu tidak berwaspada atau bernasib malang maka kamu akan ingat bahawa kamu sudah menemui ‘jodoh’.

Kamu ingat bahawa orang itu memahami dan prihatin terhadap perasaan kamu, menikmati keikhlasan, usia muda, kebaikan dan segala yang ada tentang kamu. Maka kamu terjatuh ke dalam perangkap. Kamu akan berkhayal tentang cinta yang romantik dan putera yang sempurna ini sepanjang hari. Sekian lama, kamu akan menurunkan pertahanan kamu dan pergi berjumpa dengan ‘kekasih’ tersebut. Apa yang berlaku seterusnya adalah bagai plot filem seperti dicabuli, dirogol, ditipu wang, impian terhancur dan sebagainya.

Perhatian:

Penipu laman sosial bukan sahaja licik malah menggunakan taktik psikolgi. Oleh itu, mereka mudah menguasai kelemahan gadis-gadis. Mengapa kebanyakkan mangsa merupakan perempuan? Mengapa perempuan lebih mudah terpedaya berbanding dengan lelaki?  Jangan lagi dipengaruhi dengan plot drama. Adakah cinta benar akan berlaku di laman sosial? Peluangnya tipis! Kita seharusnya melengkapkan diri dan mempunyai pemikiran yang matang. Apabila kita jelas dengan hala tuju masa depan, maka kita akan menemui cinta benar pada masa yang betul.

Walaupun kes lelaki ditipu cinta atau wang kurang berlaku namun bagi mereka yang bersifat pendiam, rendah diri dan introvert perlu mengambil perhatian. Mereka digalakkan untuk menyertai aktiviti berkumpulan. Kawan-kawan mereka juga boleh menggalakkan dan mendorong mereka supaya mereka menjadi lebih berkeyakinan.

Sumber artikel: 庄双华、陈玉双《情+性停看走》(第2版),The Bridge Communication SDN. BHD.

About the author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *