Apa itu kasih? 

Kasih adalah asas keharmonian
Kasih adalah tindakan
Kasih adalah pembelajaran tanpa berhenti
Kasih adalah sebuah hadiah
Kasih perlu dinikmati dengan hati
Kasih itu penyabar dan penyayang
Kasih tidak memegahkan diri, tidak angguh dan tidak berkelakuaan biadap
Kasih tidak akan luput

Kasih sangat menakjubkan. Kita akan berhubung dengan orang yang berlainan setiap hari. Walaupun zaman berubah, orang yang mempunyai sikap dan latar belakang yang sama akan berkumpul bersama-sama secara semulajadi untuk menjalin hubungan.

Kita dapat merasai kasih terhadap seseorang melalui tanda-tanda seperti perasaan rindu dan ingin mendekatinya. Terdapat pelbagai bentuk kasih, contohnya, kasih kepada ibu bapa, kasih kepada kawan, kasih kepada kekasih, kasih kepada dunia. Lazimnya, kasih kepada kekasih dipanggil cinta.

Apa itu cinta?

Cinta itu manis, cinta itu meransang
Cinta itu sedih, cinta itu menarik
Cinta itu tanggungjawab, cinta itu menerima
Cinta itu prihatin, cinta itu mempercayai
Cinta adalah hidup, cinta adalah kesemua

Air yang meluap pun tidak mampu memadamkan cinta, banjir juga tidak berdaya menenggelamkannya.

Cinta biasanya berbuah dari persahabatan dan bukan berdasarkan nafsu. Cinta sejati adalah kecenderungan hati terhadap seseorang, saling menjaga, sanggup menerima, saling mempercayai, berat sama dipikul ringan sama dijinjing dan sanggup membuat perkara yang berfaedah untuk pasangan.  

Cinta yang sejati membantu membentuk kematangan rohani kita. Ia membantu kita memahami tanggungjawab dan kita juga dapat menikmati kegembiraan dalam hubungan cinta ini. Rohani bertumbuh dalam proses cinta apabila satu pasang kekasih saling mendorong dan mengawasi.

Sumber artikel: 庄双华,陈玉双《第一次只有一次!》

About the author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *