Bagaimana Membuat Pengisytiharan Cinta? Baru Dikemas Kini

Kita akan cuba memberitahu perasaan kita kepada orang yang dikasihi. Ironiknya, kita juga takut apabila pengisytiharan cinta ditolak. Ramai yang ingin tahu cara yang terbaik untuk membuat pengisytiharan cinta. Manusia adalah makhluk yang berperasaan. Setiap orang mempunyai keperluan dan sikap yang berbeza. Di dunia ini, satu kaedah tidak semestinya sesuai untuk memenuhi kehendak semua orang. Cara pengisytiharan cinta termasuk memberi bunga, hadiah, menulis surat cinta, menghantar mesej, mewujudkan suasana yang romantis dan sebagainya.

Apa-apa cara yang terlintas di fikiran kamu boleh digunakan untuk mengisytiharkan cinta. Yang paling penting ialah, ia perlu dilakukan dengan sikap yang ikhlas dan dinyatakan dengan jelas.

Kadang-kadang kita akan berasa malu dan tidak berani untuk mengakui perasaan. Pengakuan perasaan sepatutnya dilakukan dengan semudah mungkin untuk mengelakkan kekasih tidak faham maksud tersirat. Elakkan membuat pengisytiharan cinta secara terlebih-lebih di hadapan kawan-kawan kerana ini boleh menimbulkan rasa jijik di dalam hati kekasih. Kekasih akan berasa takut untuk menolak kamu kerana dia tidak ingin dilabel sebagai hati batu dan akhirnya mengalami tekanan.

Ada kalanya, kita juga takut diketawakan orang dan mengakibatkan pengisytiharan cinta dilakukan dengan aneh. Kekasih akan salah faham kamu dan menganggap kamu tidak serius dan sedang bergurau. Pengisytiharan cinta yang melampau, seperti menggunakan mati sebagai ancaman jika si kekasih menolaknya, akan menakutkan orang dan adalah tidak sesuai.

Hakikatnya pengisytiharan cinta yang mudah dan lurus adalah kaedah yang paling efektif. Ia tidak menimbulkan salah faham dan kita juga akan tahu respons kekasih secara langsung.

Sumber artikel:《第一次只有一次》
Penulis:黄嘉仪

About the author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *