Belajar Menderita 

Seorang pengukir sedang mencari seketul batu untuk mengukir satu patung wira yang cantik. Selepas memilih seketul batu yang amat berkualiti, dia pun memulakan kerja pengukiran dengan penuh harapan. Tanpa disangka-sangka, batu itu meraung kesakitan apabila pengukir itu mula mengukirnya.

Pengukir itu terpaksa berhenti kerja dan biarkannya berehat. Namun begitu, batu itu tetap meraung kesakitan apabila pengukir itu terus mengukirnya seketika kemudian. Pengukir itu tiada pilihan, dia mencari batu lain yang berkualiti lebih rendah dan mengukir semula.

Walaupun batu kedua berkualiti rendah namun ia bertabah dan tidak merungut semasa ia diukir.

Pengukir itu berusaha lebih keras. Akhirnya, satu patung wira yang seperti makhluk hidup dihasilkan. Ramai orang amat kagum dan memuji karyanya paling baik. Seorang peminat membelinya dengan harga yang mahal dan meletakkannya di dataran. Ramai orang datang dari tempat lain untuk melihat patung wira itu dan akhirnya ia menjadi termasyhur.  

Batu yang tidak dapat menahan sakit itu dianggap sebagai sampah dan ia digunakan untuk membina jalan yang menuju ke dataran. Kesibukan lalu lintas membawa kesengsaraan kepadanya. Ia berasa sedih dan tidak berpuas hati. Ia pun bertanya kepada patung wira di dataran: “Mengapa kamu dihormati dan dikagumi ramai walaupun kamu berkualiti rendah? Mengapa pula saya dihina? Adakah ini adil?”

Patung wira menjawab dengan lembut: “Saya tidak hebat, saya cuma sanggup diukir. Walaupun proses itu menderitakan, saya sudi mentaati. Kamu berkualiti baik, namun kamu tidak sanggup menderita dan meraung apabila diukir!”

Kawan-kawan saya yang dikasihi, saya ingin memberikan satu nasihat: menderita seketika adalah lebih baik daripada menderita seumur hidup.

Sumber artikel: The Bridge Communication SDN. BHD.

About the author