Putus Cinta 

Setiap orang mengalami putus cinta dengan emosi dan psikologi yang berbeza. Ada orang yang ‘balik ke normal’ selepas beberapa hari. Ada pula yang mengalami kesengsaraan untuk beberapa bulan, bertukar menjadi ciptaan baru dan mencari kekasih baru selepas itu. Ada pula yang memerlukan setahun, dua tahun atau beberapa tahun untuk mengembumikan cinta lama, mencari balik keyakinan diri dan memulakan hidup baru. Yang menyedihkan ialah, ada segolongan orang yang tidak dapat melupakan bekas kekasih untuk seumur hidup.

Continue Reading

Bagaimana Membuat Pengisytiharan Cinta? 

Kita akan cuba memberitahu perasaan kita kepada orang yang dikasihi. Ironiknya, kita juga takut apabila pengisytiharan cinta ditolak. Ramai yang ingin tahu cara yang terbaik untuk membuat pengisytiharan cinta. Manusia adalah makhluk yang berperasaan. Setiap orang mempunyai keperluan dan sikap yang berbeza. Di dunia ini, satu kaedah tidak semestinya sesuai untuk memenuhi kehendak semua orang. Cara pengisytiharan cinta termasuk memberi bunga, hadiah, menulis surat cinta, menghantar mesej, mewujudkan suasana yang romantis dan sebagainya.

Continue Reading