Cinta 

Anda mungkin pernah terdengar pelbagai teori tentang cinta. Bagi anda, teori yang dikatakan oleh pakar-pakar tersebut hanya karut. Analisis yang dilaporkan selepas putus cinta tidak dapat diaplikasi dalam hidup. Ini adalah kerana, apabila cinta datang, kebanyakan orang akan lupa kesakitan yang dialami dahulu. Mereka akan jatuh cinta dan mengulangi kesilapan yang sama. Adakah ini benar?

Pemuda-pemudi berhasrat mempunyai cinta yang romantis. Ada siapa yang tidak mencemburui cerita dongeng putera dan puteri? Ada siapa yang sudi menyerahkan cinta kepada orang yang bagai kacang lupakan kulit? Ada siapa yang tidak inginkan hubungan yang kekal?

Mari kita lihat saudara-mara dan kawan-kawan di sekeliling kita. Kebanyakan pasangan mengalamai pelbagai cabaran dan halangan untuk menjalankan hidup bersama. Adakah mereka masih saling mencintai selepas sekian lama? Adakah mereka masih saling menghargai dan saling menyayangi? Ataupun kasih cinta mereka sudah berubah bersama dengan realiti yang kejam?

Lelaki berubah menjadi tiada tekad hidup. Kesulitan hidup dan realiti hidup yang kejam menyebabkan dia berasa hampa. Anak yang memberontak membawa kepadanya emosi yang negatif. Manakala, perempuan pula menjadi seorang yang tidak menjaga paras rupa dan sentiasa meleter. Ke mana perginya pengantin yang lembut dan cantik itu? Pertengkaran akan berlaku jika kedua-dua bertembung. Adakah kesemua ini tidak asing bagi kamu? Kita tidak akan berbincang tentang cinta pemuda-pemudi di sini. Mari kita mendapat pengajaran daripada kisah cinta orang lain.

Apakah pendapat kamu tentang cinta dan hasil cinta kamu sendiri selepas melihat kisah cinta orang lain? Apakah persediaan mental yang perlu dibuat? Kamu perlu membezakan antara cinta dan persahabatan kerana dalam proses “bercinta”, hubungan sex adalah pengetahuan biologi manakala perasaan merupakan perkembangan rohani.

Terdapat pelbagai hubungan dan perasaan dalam seumur hidup manusia. Secara umun, semua hubungan ini merangkumi tiga unsur penting, iaitu, persaudaraan, persahabatan dan cinta.

Sumber aritkel: 庄双华,陈玉双《情+性停看走》

About the author