Empat Orang yang Melintas Titi 

Gangguan persekitaran akan menghalang kita mencapai matlamat.
Oleh itu, kita perlu menghadapi dengan berani.

Pada suatu hari, empat orang sampai ke gaung yang bahaya dan air sungai mengalir deras di bawahnya. Mereka ingin sampai ke seberang sungai. Titi yang bagaimana terbentang di depan mereka? Titi yang tergantung itu kelihatan uzur, reput, bergoyang dan mengundang bahaya kepada pengguna.

Empat orang yang sampai di titi itu ialah seorang buta, seorang pekak dan dua orang yang normal. Mereka memegang pada tali dan bergilir-gilir maju ke hadapan. Akhirnya, si buta, si pekak dan seorang yang normal berjaya melintas titi itu. Seorang yang normal pula terjatuh dan mati. Adakah orang yang normal itu tidak setanding dengan seorang yang buta atau pekak? Ya! Kelemahannya berpunca daripada telinga dan matanya yang berfungsi dengan baik.

Si buta berkata: “Mata saya tidak dapat lihat. Oleh itu, saya tidak tahu ketinggian gaung dan meraba-raba dengan hati yang tenang.”

Si pekak berkata: “Telinga saya tidak dapat dengar. Saya tidak dapat mendengar air deras di bawah. Oleh itu, ketakutan saya berkurang.”

Orang normal yang berjaya melintas titi itu berkata: “Saya hanya fokus kepada gerak langkah kaki ketika melintas titi. Gaung yang bahaya dan air deras tidak berkaitan dengan saya.”

Kesimpulan: Berdepan dengan tenang, maju ke hadapan dengan positif dan tiada kesusahan dapat menggerunkan kamu.

Sumber artikel: 《80后励志网》,参考:陈鸣《自恋的河马》

About the author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *