Fantasi Seksual 

Fantasi seksual adalah berkaitan dengan nafsu seks yang tinggi. Fantasi seksual membangkitkan keghairahan seksual. Dari segi psikologi, segala keghairahan terpancar dari hati.

Fantasi seksual merupakan hal yang normal. Sebenarnya hampir setiap orang yang sihat dari segi rohani dan jasmani akan memiliki fantasi seksual. Namun, jenis fantasi seksual setiap orang belum tentu sama. Ia berbeza dari segi kekerapan munculnya fantasi seksual, tema dan isi kandungannya. Tema fantasi seksual amat berbeza mulai dari yang lazim hingga yang ekstrim. Dalam fantasi seksual, seseorang itu boleh menjadi watak utama atau bertukar serta merta menjadi watak sokongan, saksi dan penonton. Semua ini adalah dipengaruhi oleh pengalaman dan khayalan seseorang seperti plot filem yang terimbas di dalam otak.

Fantasi seksual meliputi alam sedar dan alam bawah sedar. Ia dapat memenuhi keinginan yang tidak dapat direalisasikan dalam hidup sebenar, meransangkan badan dan memberi kepuasan seks yang lebih mendalam. Fantasi seksual pada zaman remaja mencerminkan kehausan terhadap kasih sayang dan sikap ingin tahu. Sikap ingin tahu dan keraguan akan tertimbul pada anak-anak remaja yang mengalami baligh. Dari segi psikologi, ini adalah fenomena yang biasa.

Namun begitu, jika fantasi seksual sering menyelubungi fikiran seseorang dan mengganggu normal hidupnya, maka dia akan terjerumus dalam khayalan yang berbahaya. Keadaan ini biasaya berlaku pada orang muda yang hidupnya tidak teratur. Mereka mempunyai masa lapang berlebihan yang tidak diisi dengan berfaedah dan mula berkhayal. Fantasi seksual yang terlampau akan membawa keburukan sama ada kepada pertumbuhan badan dan mental.

Sumber artikel:《情+性停走看》
Penulis:庄双华,陈玉双

About the author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *