Gadis AI Memenangi Satu Perjuangan 
Baru Dikemas Kini

Jangan ditewaskan oleh kejahatan, tetapi tewaskanlah kejahatan dengan kebaikan. (Roma 12:21)

American Idol (AI) ialah program realiti TV pencarian bakat yang dilancarkan oleh Fox. Beberapa tahun yang lepas, berlakunya suatu perkara yang mengharukan hati. Penonton-penonton AI mesti tahu dengan tiga orang juri dalam program ini. Salah seorang juri lelaki yang terkenal dengan sifatnya yang berterus terang. Dia sentiasa memberi komen yang negatif walaupun dua orang juri yang lain berasa baik.

Selain menilai taraf nyanyian, dia juga menyerang penampilan peserta seperti mengkritik kaki peserta sangat pendek, baju tidak bergaya dan lain-lain. Suatu kali, setelah seorang peserta perempuan telah beredar selepas menyanyi, juri ini mengeluarkan kata-kata yang kritik. Salah satu komen bahawa gadis itu seperti seekor katak dan menyindir dia sangat gemuk. Gadis itu gempal, tetapi nyanyiannya sangat baik. Jika tidak, takkan dia dapat memasuki kedudukan 24 teratas?

Gadis itu amat susah hati apabila juri ini melakukan serangan peribadi terhadapnya. Jika bertukar menjadi kita, kemungkinan kita sudah putus asa dan hilang keyakinan; malah menyumpah tidak akan menyanyi lagi. Kemungkinan ada orang akan menyumpah untuk membalas dendam pada suatu hari nanti.

Adakah anda tahu apa yang berlaku kepada gadis itu seterusnya? Apabila dia berdepan lagi dengan juri itu, dia mengakui dia menangis apabila mendegar kritikan daripada juri. Tetapi dia memilih untuk mengampuninya. Dia mahu juri itu mengetahui bahawa dia tetap mengampuni apa-apa yang dia katakan walaupun juri itu tidak meminta maaf. Gadis itu percaya Tuhan Yesus mencintai setiap orang. Akhirnya, juri itu menyatakan: “Saya minta maaf” sebelum gadis itu beredar. Seorang juri yang selalunya sombong mengucapkan sorry kepada peserta perempuan ini.  

Gadis AI memenangi satu perjuangan dengan berani mengampunkan dan mengungkapkan diri. Apabila dia memilih untuk mengampuni orang lain, dia telah membebaskan diri sendiri. Dia tidak lagi menjadi hamba kepada perasaan negatif sendiri.

Apabila kita berdepan dengan orang atau perkara yang tidak senang hati, kita perlu belajar menewaskan kejahatan dengan kebaikan seperti gadis ini.

Sumber artikel: 《超越》,Edisi ke-23,Vicskill Printing Sdn. Bhd.

About the author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *