Katakan TIDAK Kepada Seks! 

Seks merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia. Manusia akan menghasilkan keinginan untuk melakukan hubungan seks apabila diransang oleh suasana dan persekitaran. Ada orang yang berpendapat hubungan seks mesti berlaku dalam proses cinta. Malah menganggapnya sebagai satu tanda kematangan. Perbuatan memegah-megahkan pengalaman seks adalah kelakuan yang tidak matang.  

Kemungkinan untuk mengatakan “Tak Nak Kepada Seks” sangat susah, tetapi akibatnya lagi teruk jika tidak katakan “Tak Nak”. Ramai gadis tidak tahu bagaimana untuk menolak pelawaan teman lelaki untuk melakukan hubungan intim. Mereka takut hubungan mereka akan terjejas sekiranya menolak pelawaan pasangan, tetapi mereka juga tidak sudi untuk melakukan hubungan intim pada peringkat itu. Cara untuk menolak pelawaan seks adalah memberitahu perasaan sendiri dengan jujur dan berani. Hanya dengan komunikasi yang ikhlas, kedua-dua orang dapat bertumbuh dan lebih memahami satu sama lain.  

Anak gadis sering berasa susah untuk menolak pelawaan hubungan seks. Jika kita jelas dengan sebab-sebab untuk menolak, maka kita boleh menyuarakan dengan berani. Adakah kita boleh menanggung akibat hubungan seks? Jika tidak, kita patut menolak pelawaan seks dengan jelas.

Tidak Sesama dengan Tak Cinta

Menolak pelawaan hubungan seks tidak bermakna tidak lagi mencintai pasangan. Pasangan kekasih perlu menyatakan perasaan dan pandangan tentang seks dalam hubungan cinta. Cubalah menyuarakan dengan berani dan berkomunikasi dengan pasangan kamu tentang pandangan masing-masing terhadap seks. Dengan ini, pasangan kekasih akan saling menghormati dan bertumbuh bersama-sama.

Sumber artikel: 《第一次只有一次》
Penulis: 黄嘉仪

About the author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *