Lima Orang yang Wajib Dihargai dalam Hidup 

Di dunia ini terdapat seorang yang sentiasa memesan kamu untuk memakai lebih pakaian dan menjaga keselamatan. Kamu berasa dia sangat mengganggukan tetapi juga sangat mesra. Apabila kamu memerlukan duit, dia akan mengajar kamu tentang ketidaksenangan mendapat duit sambil memberi duit kepada kamu. Orang ini ialah ibu bapa kita.

Di dunia ini ada seorang yang sekali-sekala akan bergaduh atau bertengkar dengan kamu. Dia sangat jahat sehingga ke tahap merampas makanan kamu, mengadu kepada ibu bapa tetapi dia juga menyayangi kamu melebihi orang lain. Kamu berdua mempunyai hubungan yang rapat. Orang ini ialah adik-beradik kita.

Di dunia ini terdapat seorang yang kamu akan rindukan jika tidak berjumpa. Namun begitu, muka kamu akan menjadi merah dan tergagap-gagap apabila kamu berjumpa dengannya. Dia dapat menangkap hati kamu dengan senang dan menyebabkan fikiran kamu terkucar-kacir dan tidak dapat tidur dengan nyenyak. Namun begitu, kamu masih sanggup berkorban untuknya kerana kamu mencintainya. Orang ini ialah kekasih kamu.

Di dunia ini terdapat seorang yang mengetahui rahsia kamu. Dia akan menolong kamu mencari alasan apabila kamu terbuat kesalahan. Dia akan menolong kamu menghantar mesej kepada orang yang kamu terjatuh cinta. Apabila bergaduh dengan kekasih, kamu akan menangis dan pergi mencarinya. Kamu berasa sangat bersalah kerana hanya mencarinya apabila terdapat kesusahan tetapi kamu bersyukur kerana terdapat seorang yang begitu baik muncul di dalam hidup kamu. Orang ini ialah kawan kamu.  

Di dunia ini terdapat seorang yang dibesarkan di bawah perlindungan ibu bapa, mengenali diri sendiri menerusi hubungan dengan adik-beradik, terjumpa cinta sejati daripada kekasih dan mendapat kemesraan daripada kawan. Kamu tahu bahawa semua orang ini pernah muncul dalam hidup kamu dan menjadikan hidup kamu berlimpah-limpah. Kamu berterima kasih kepada mereka tetapi tiada perkataan yang dapat dituturkan. Orang itu ialah kamu sendiri.

Kebahagiaan itu sering dianggap berada di tempat yang jauh dan perlu dinanti-natikan. Saya memandang ke sekeliling dan mendengar dengan teliti agar tidak terlepas dengan detik kebahagiaan. Kemudian baru saya tersedar bahawa tangan yang pernah dipegang, lagu yang pernah dinyanyikan, air mata yang dialirkan dan orang yang dicintai, apa-apa yang berlalu adalah kebahagiaan.

Sumber artikel: 人生屋

About the author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *