Menetapkan Matlamat dan Mencabar Diri Sendiri dengan Berani 

Adakah kamu sudah menetapkan matlamat untuk tahun 2021? Menetapkan matlamat dan membuat perubahan pada tahun baru bukan sahaja akan memperkayakan diri sendiri malah menemui diri sendiri yang berlainan. Orang yang tiada matlamat diumpamakan memandu kereta tanpa destinasi. Dia tidak akan sampai ke destinasinya dan tiada arah tuju dalam kehidupan. Berikut adalah 10 matlamat yang boleh anda catatkan. Marilah buat perubahan bersama-sama!

  • Mengamalkan Tabiat Bangun Awal dan Jangan Berjaga Lewat Malam

Jangan tidur kembali selepas bangun pagi! Ingatlah, dengan tidur sebelum 12 malam dan jangan berjaga lewat malam, barulah badan kita mendapat rehat yang secukupnya. Cuba bangun sejam lebih awal dari biasa dan gunakan masa ini untuk merenung. Ini adalah kerana otak paling cergas pada masa itu dan memudahkan pembelajaran atau pekerjaan.

  • Membuang Tabiat Makan Berlebihan/ Makan Lewat Malam

Makan berlebihan akan memudaratkan kesihatan dan makan lewat malam akan mempengaruhi sistem pencernaan. Walaupun muda, jangan rosakkan badan kerana badan yang sihat adalah aset paling berharga. Amalkan pemakanan sihat dan kurangkan makanan ringan dalam kehidupan seharian untuk mengelakkan penyakit.

  • Matikan Telefon Bimbit Ketika Bekerja atau Belajar

Matikan telefon bimbit ketika bekerja atau belajar kerana bermain dengan telefon bimbit akan menjejaskan tumpuan. Cubalah matikan telefon bimbit atau letakkan dalam mode hening, terutamanya bagi mereka yang ingin naik pangkat pada tahun ini, untuk meningkatkan kecekapan!

  • Belajar Bersyukur dan Menghargai

Kamu akan mendapati kehidupan adalah begitu senang dan bahagia apabila kita belajar bersyukur. Kita perlu berdepan dengan segala situasi dengan hati yang bersyukur. Kita juga perlu belajar untuk menghargai segala yang kita ada, termasuk saudara-mara dan kawan-kawan. Apabila kita tahu menghargai, kita akan dibebaskan daripada kerisauan dan hidup akan bertambah gembira.

  • Membuangkan Tabiat Melenggah-lenggah

Sila buangkan tabiat melenggah-lenggah! Tabiat buruk ini akan menyebabkan kegagalan mencapai sasaran. Sila ingatkan diri sendiri tentang sasaran yang ditetapkan apabila kamu berasa malas. Jangan merungut kemalasan diri sendiri jika keputusan adalah tidak seperti yang dijangkakan,.    

  • Melawan dan Menolak Godaan

Sila menolak perkara-perkara yang membahayakan diri sendiri atau tidak berfaedah! Berhati-hati dengan perangkap laman web untuk mengelakkan menjadi mangsa seterusnya.

  • Bergaul dan Mencontohi Individu yang Cemerlang

Teman akan mempengaruhi akhlak seseorang dan mencerminkan sesiapa kita. Pada tahun 2021, contohi pemimpin dan rakan sekerja yang cemerlang dan kamu akan mendapat manfaat.  

  • Bertindak Tegas dan Tidak Beragu-ragu

Keraguan semasa melakukan kerja bukan sahaja menyebabkan kehilangan peluang malah orang yang ingin membantu juga akan meninggalkan kita. Jadi, buat kerja dengan tegas dan menolaknya jika tidak mahu.

  •  Mendengar Pendapat dengan Rendah Hati

Mendengar pendapat daripada individu lain dengan rendah hati boleh memudahkan kerja. Dengan menegaskan pandangan sendiri dan menerima pandangan orang lain maka konflik dapat dikurangkan.   

  • Mengawal Emosi Sendiri

Perwatakan dan emosi akan menentukan kejayaan kita. Keghairahan untuk merungut boleh digantikan dengan cara-cara lain seperti melakukan perkara yang mahir dibuat dan digemari. Dengan mendekati perkara yang menggembirakan dan menjauhi berita negatif, maka emosi akan menjadi lebih sihat.

Sesetengah sumber dipetik dari laman web

About the author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *