Menghargai Masa 

Masa adalah barang yang paling pantas dan juga paling lambat di dunia ini. Ia paling panjang dan juga paling pendek. Ia paling biasa tetapi juga paling berharga. Ia paling murah tetapi juga paling mahal. Manusia senang mengabaikan masa dan menyesalinya.

Masa adalah barang yang paling adil di dunia ini. Semua orang mempunyai 24 jam sehari. Tiada orang yang memiliki 25 jam sehari atau 23 jam sehari. Masa sering berlalu dengan cepat dan senyap. Tiada orang yang dapat  menahan masa dan ia tidak dapat ditukar dengan barang lain.

Kamu mungkin memiliki masa dengan senang namun kamu tidak menghargainya. Jika kamu berpendapat kamu mempunyai banyak masa, kamu sudah salah. Hal ini demikian kerana kita tidak akan tahu bila saat terakhir kita di dunia ini. Sewaktu kecil, guru pernah memberitahu kita “masa itu lebih berharga dari emas”. Masa boleh memberi kesan yang berbeza untuk orang yang berlainan.

Masa Itu Lebih Berharga dari Emas

Kita sering menggunakan sibuk atau tidak ada masa sebagai alasan. Sebenarnya, kita tidak begitu menghargai masa dan tidak tahu memanfaatkan masa. Hayat setiap manusia adalah terhad dan boleh dikira dengan masa. Dengan berlalunya satu hari, nyawa kamu dipendekkan sehari. Dengan berlalunya satu minit, nyawa kamu dipendekkan satu minit. Dengan berlalunya satu saat, nyawa kamu dipendekkan satu saat. Justeru, kita tidak boleh membazirkan setiap tahun ,setiap bulan, setiap hari, setiap jam, setiap minit dan setiap saat. Kita perlu menjalankan kehidupan yang bermakna kerana hidup itu pendek.

Dengan menggunakan masa untuk perkara yang penting, kehidupan akan menjadi lebih bermakna. Hayat bagai dipanjangkan jika kamu tahu menghargai masa. Walaupun masa adil kepada semua orang namun masa juga sangat kejam. Masa yang berlalu tidak akan berpatah balik, kamu cuma boleh bergerak bersamanya.

“Dan pergunakanlah setiap peluang dengan baiknya kerana ini zaman durjana.” Efesus 5:16.

Sumber artikel:《为自己加油!》
Penulis: 陈国强

About the author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *