Mesej = komunikasi?! 

Pelajar dilarang mengguna telefon bimbit di sekolah. Namun, ramai pelajar bermain telefon bimbit selepas sekolah.

Berikut adalah beberapa kemungkinan ibu bapa memberi telefon bimbit kepada anak:

■ Berhubung dengan anak selepas tuisyen
■ Supaya anak dapat berhubung dengan kawan-kawan
■ Sebagai galakkan
■ Atas permintaan anak

Komunikasi melalui penyaluran mesej menjadi sangat biasa dengan adanya telefon bimbit. Saya pernah terdengar perbualan sebegini?

A: “Apa khabar?”
B: “Kamu tanyalah saya di Facebook!”

A dan B merupakan kawan yang sudah lama tidak berjumpa. Namun, perjumpaan antara A dan B tidak seperti yang disangkakan. B hanya ingin berkomunikasi dengan A melalui Facebook. Walaupun keadaan sebegini tidak ketara di kalangan murid-murid sekolah rendah, ia sudah menjadi satu kecenderungan. Komunikasi antara manusia sekian diganti oleh teks dan simbol.

Mengapakah komunikasi melalui penyaluran mesej menjadi pilihan kita?

▲ Boleh menghantar mesej pada bila-bila masa;
▲ Boleh mengungkapkan perkara yang tidak berani dikatakan bersemuka;
▲ Tidak membazirkan masa;
▲ Tidak perlu penjelasan yang banyak;
▲ Sesetengah perkataan boleh diganti oleh simbol.

Komunikasi melalui penyaluran mesej bukannya tidak baik, tetapi ia boleh menjadi krisis jika mesej dijadikan “komunikasi”.

Berikut adalah krisis komunikasi melalui penyaluran mesej:

◆ Walaupun ia merupakan komunikasi dua hala, ia mengabaikan penjelasan bersemuka dan ekspresi muka air.  
◆ Walaupun ia mempunyai simbol, ia tiada kemesraan dari pelukan dan tiada keseronakan yang dilahirkan dari kegembiraan.
◆ Tidak perlu membalas mesej atau memberi apa-apa penjelasan sekiranya berasa tidak gembira kerana ia bukan komunikasi bersemuka.
◆ Disebabkan faktor-faktor di atas, kita tidak berbaik semula dengan orang dan berpendapat kita boleh berbual dengan orang lain. Oleh itu, kita tidak dapat belajar kemahiran interpersonal.

Komunikasi bersemuka adalah satu “kebolehan”. “Kebolehan”bermaksud ia perlu dilatih. Kita perlu belajar cara berkomunikasi secara berterusan supaya dapat menguasainya. Apakah manfaat komunikasi bersemuka?

★ Supaya dapat sokongan dan pemahaman orang lain;
★ Meningkatkan semangat berpasukan
★ Hubungan yang lebih erat berbanding dengan mesej
★ Membina persahabatan yang sejati dengan mengalami kegembiraan dan kesedihan bersama-sama.

Sumber artikel:Harian Sin Chew,<Bridge Communication>,07/07/2020

About the author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *