Perasaan Buruk 

Oleh:Chun Xiao

Senario 1: Bangun pagi dan mendapati beg sekolah belum dikemas lagi. Kasut masih basah disebabkan hujan semalam. Kasut lain pula sangat kotor kerana belum dibasuh. Bas sudah tiba namun tidak sempat makan sarapan. Tiba di sekolah dan mendapati tidak membawa wang. Aduh! Malangnya hari ini!

Senario 2: Kawan baik kamu memarahi kamu kerana tidak menolong dia menyiapkan kerja rumah malah melaporkan perkara tersebut kepada cikgu. Sebagai ketua kelas, kamu hanya menjalankan perintah dan tidak menyebelahi sesiapa. Adakah ini salah?

Apabila bertemu dengan senario di atas, perasaan kita tentu akan menjadi buruk!

Situasi apa yang akan menyebabkan perasaan kita menjadi tidak baik?

◆ Apabila orang lain tidak dapat memenuhi hasrat atau kehendak kita
◆ Kecuaian, kemalasan dan sifat menangguh sehingga tidak dapat mencapai matlamat
◆ Dimarahi atau dianiayai tanpa sebab
◆ Kekurangan tidur
◆ Keputusan peperiksaan tidak memuaskan
◆ Lain-lain

Bagaimanakah mengatasi perasaan yang buruk?

-Mencari punca-
◆ Mencari punca perasaan buruk

-Memeriksa Diri Sendiri-
◆ Adakah ia berkaitan dengan harapan sendiri yang terlalu tinggi?
◆ Adakah harapan orang lain menyebabkan kamu berasa sesak nafas?
◆ Adakah ia berpunca dari persekitaran? Cuaca yang tidak baik, suasana yang bising atau kotor?

-Menyelaraskan Diri Sendiri-
◆ Meletak harapan yang realistik dan bukan harapan yang terlampau tinggi.
◆ Contohnya: Dengan keputusan yang sederhana, kita tidak memaksa diri sendiri untuk menjadi pelajar yang terunggul dalam kelas.
◆ Kamu tidak semestinya memenuhi kehendak orang lain. Kamu boleh memberitahu kawan dengan lembut bahawa kamu tidak dapat melakukannya.
◆ Jangan membiarkan persekitaran mengganggu kita dengan senang, contohnya, berasa tidak selesa dan bermuka masam ketika berpeluh pada hari yang panas.

-Melepaskan Diri Sendiri-
◆ Bersifat fleksibel terhadap diri sendiri
◆ Tidak terlampau berpegang kepada pendapat sendiri
◆ Bertimbang rasa
◆ Kamu boleh memilih perasaan yang diingini, kamu adalah tuan kepada perasaan sendiri!

Peringatan:
◆ Jangan marah orang lain walaupun perasaan kamu tidak baik.
◆ Perasaan buruk tidak semestinya disebabkan oleh orang lain. Sila memeriksa diri sendiri.
◆ Jangan memendam perasaan dan jangan membiarkannya.

Sumber artikel:The Bridge Communication

About the author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *