Tekanan Baru

Dari konsep fizik, tekanan adalah kekuatan yang dilakukan oleh sesuatu pada sesuatu yang lain untuk memampatkan atau menukar bentuknya. Dari segi psikologi mental, tekanan adalah gangguan dan tindak balas spontan fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap situasi yang mencabarkan.

Terdapat pelbagai punca tekanan. Contohnya, perubahan kehidupan yang mendadak, kehilangan orang tersayang, pengangguran, bencana alam, kemalangan, masalah kewangan, tuntutan tidak dapat dipenuhi, penyakit, perpisahan, kebencian dan sebagainya.  Tekanan boleh menyebabkan seseorang melahirkan kekuatan yang besar. Ia dapat menguji tahap ketahanan mental dan fizikal diri. Ia boleh menyebabkan seseorang sesak nafas, tidak dapat berdiri lagi dan terjerumus ke lembah hitam. Sebaliknya, ia juga faktor pendorong kepada individu untuk berusaha gigih dan meningkatkan produktiviti.

Bagaimana untuk Berhadapan dan Mengendali Tekanan?

Sama ada kita suka atau tidak, tekanan wujud di mana jua. Kita memerlukan pelbagai cara untuk menangani stres dengan berkesan. Berikut adalah beberapa cara untuk mengurangkan tekanan:

  1. Agama. Agama boleh memimpin kita menjalankan hidup yang berlimpah-limpah dan gembira.
  2. Mendengar muzik. Contohnya, mendengar muzik relaksasi atau melayari laman web puji-pujian.
  3. Bersenam dapat mengurangkan tekanan. Antara senaman yang boleh dilakukan ialah berlari, berenang, bermain bola dan sebaginya. Bersenam bukan sahaja dapat menguatkan otot dan tulang malah dapat melegakan badan dan memupuk tekad seseorang.

Sumber artikel:《情+性停走看》
Penulis:庄双华,陈玉双

About the author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *