Tuhan, Mengapa Saya Bertemu dengan Perkara Buruk? 

Saya: “Tuhan, bolehkah saya menanya satu soalan?” 
Tuhan: “Tentulah boleh.” 
Saya: “Kamu janji jangan marah.” 
Tuhan: “Saya menjamin.” 
Saya: “Mengapa hari ini kamu mengizinkan banyak perkara buruk berlaku kepada saya?” 
Tuhan: “Apa yang kamu rujukkan?” 
Saya: “Saya terlebih tidur.” 
Tuhan: “Ya.” 
Saya: “Saya mengambil masa yang lama untuk menghidupkan kereta saya.” 
Tuhan: “Hmm…” 
Saya: “Dalam perjalanan balik, saya ingin menerima satu panggilan, tetapi telefon saya rosak pula.” 
Tuhan: “Saya tahu.” 
Saya: “Apabila saya balik ke rumah dan teringin untuk menggunakan mesin pengurut kaki, tetapi ia tidak dapat dihidupkan! Tiada perkara yang baik berlaku hari ini! Mengapa kamu buat sedemikian?”
Tuhan: “Biar saya tengok. Pagi ini seorang malaikat maut berada di katil kamu dan saya menghantar malaikat saya untuk bertempur dengannya. Saya yang membiarkan kamu tertidur nyenyak dalam proses ini.”
Saya: “Oh?”
Tuhan: “Saya tidak menghidupkan kereta kamu kerana seorang pemabuk memandu di jalan raya yang kamu biasa gunakan. Jika kamu memandu seperti biasa, dia akan terlanggar kamu.”
Saya: “Saya berasa malu.”
Tuhan: “Telefon bimbit kamu rosak kerana ada orang berniat untuk kamu memberi kesaksian palsu. Saya menghalang perbualan kamu berdua supaya kamu tidak terjebak dalam perkara ini dan dapat dilindungi.”
Saya: “Tuhan, saya sudah faham.”
Tuhan: “Oh, mesin pengurut kaki itu ada sedikit kecacatan dan akan menyebabkan litar pintas. Saya tidak mahu kamu berada dalam kegelapan malam ini.”
Saya: “Tuhan, saya minta maaf.”
Tuhan: “Tak perlu meminta maaf. Belajarlah mempercayai saya kerana semua perkara yang baik dan buruk berada dalam kawalan saya.”
Saya: “Saya akan mempercayai kamu.”
Tuhan: “Jangan mensyaki, rancangan saya sentiasa lebih baik daripada rancangan kamu.”
Saya: “Saya tidak akan lagi Tuhan. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas aturan kamu pada hari ini.” 
Tuhan: “Setiap hari adalah permulaan yang baru. Saya akan sentiasa menjaga dan menyayangi kamu, anak.”

Namun begitu, mempercayai dan bergantung kepada Tuhan memerlukan praktik.

“Terima kasih Tuhan, pelan-Nya lebih tinggi daripada pelan manusia, rancangan-Nya lebih tinggi daripada rancangan manusia. Marilah kita belajar bersyukur dan sentiasa bergantung kepada Yesus Kristus, Yang Pertama dan Yang Terakhir, biarpun keadaan baik atau buruk.”

Sumber: 青春路118期 “Tuhan, mengapa saya bertemu dengan perkara buruk”,m/s 10,Persatuan Penulis-Penulis Kristian Malaysia

About the author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *