10% yang Menukar Kehidupan 

Murray, seorang profesor ekonomi dari Universiti Harvard, mendapati setiap pagi penjaja sayur di satu pekan kecil di India akan menggunakan 1000 Rupee India untuk membeli stok. Jika semua stok dapat dijual pada hari itu, maka mereka akan mendapat 100 Rupiah India sebagai faedah.

Masalahnya, kebanyakkan penjaja tiada modal. Untuk membeli stok, setiap hari mereka akan membuat pinjaman wang. Jika kadar feadah harian ialah 5%, ini bermaksud penjaja perlu menggunakan 50 Rupee India untuk membayar kadar faedah dan akhirnya hanya tertinggal dengan 50 Rupee India sahaja. Selepas memahami situasi tersebut, Profesor Murray pun mengajar penjaja satu kaedah yang baik. Dia berkata: Dengan mengumpul 10% daripada 50 Rupee setiap hari, maka dalam 200 hari mereka dapat mengumpul duit untuk membeli stok dan tidak perlu meminjam duit lagi.

Kaedah ini nampaknya senang tetapi kesannya amat berbeza dengan sangkaan Profesor Murray. Kebanyakkan penjaja balik ke keadaan asal iaitu, meminjam wang untuk membeli stok. Hanya 10% penjaja menggunakan caranya. Profesor berasa sangat terkejut: Hanya dengan satu perubahan yang mudah, status kewangan seseorang akan berubah, namun mengapa 90% orang menolaknya?

Pengajian mendapati 90% penjaja tidak berubah kerana mereka berpendapat mereka telah letih bekerja setiap hari dan tiada masa dan tenaga untuk berfikir tentang esok hari bahkan 200 hari kemudian. Kekurangan sumber untuk jangka masa yang panjang menghasilkan corak pemikiran yang cetek dan menyebabkan mereka kehilangan wawasan. Sebaliknya, 10% penjaja yang sudi menukar corak pemikiran, akhirnya dapat menonjolkan diri dalam pasar sayur tersebut.       

Cabaran-cabaran dalam kehidupan tidak menakutkan. Apa yang menakutkan adalah tetap hidup dalam norma lama dan hati yang tidak mahu berubah.

Sumber artikel: 人生屋

About the author