
95% atau melebihi 22 juta rakyat didapati tidak makan sayur-sayuran seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini menjadi faktor berlakunya penyakit hati berlemak atau penyakit tidak berjangkit. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata, berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, sayur-sayuran dan buah-buahan adalah amat penting dalam membekalkan nutrien dan antioksidan kepada badan.
“Makan satu jenis sayur sahaja, seperti kubis, juga tidak bagus. Sebaliknya kita perlu makan pelbagai jenis warna sayur-sayuran dan buah-buahan kerana mengandungi nutrien yang bagus untuk kesihatan.” Dia menjelaskan, kita akan kekurangan zat apabila tidak makan sayur, malah, pengambilan gula dan karbohidrat ringkas yang berlebihan akan menyebabkannya terbenam dalam badan sebagai lemak.
“Kemudiannya akan pergi ke hati, mengakibatkan penyakit hati berlemak dan akhirnya hati tidak berfungsi dengan baik sehingga menyebabkan sistem dalam badan kita rosak dan menyebabkan penyakit tidak berjangkit.”
Datuk Dr Noor Azmi Ghazali memberitahu media bahawa NHMS dilakukan empat tahun sekali bagi melihat literasi kesihatan penduduk negara ini. Katanya selepas dia merasmikan Seminar Saintifik Institut Kesihatan Negara (IKN) ke-23 pada pagi ini.
Selain itu, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali memberitahu, berdasarkan NHMS, didapati nisbah 1:15 peratus penduduk negara ini mempunyai penyakit obesiti. “Walaupun lemak di bahagian perut tidak jelas kelihatan, ukuran lilit pinggang lelaki melebihi 90 cm dan perempuan melebihi 80 cm, yang bermaksud mempunyai risiko obesiti.”
Dia menegaskan keadaan ini bahaya kerana banyak kimia atau enzim yang keluar akan menyebabkan kerosakan pada sistem badan, contohnya, penyakit kardiovaskular dan sebagainya.
Beliau juga berkata: “Hasil NHMS juga menunjukkan 3.9 juta penduduk negara ini mempunyai penyakit kencing manis manakala darah tinggi meliputi 6.4 juta penduduk.”
Sumber artikel:Harian See Hua, 20/07/2022