Mari kita merenung tentang topik cinta kerana ada kalanya adalah susah untuk menentukan sama ada cinta itu sejati atau tidak. Berikut ialah lima ujian tentang cinta yang berdasarkan buku I Married You yang ditulis oleh Waltei Trobusch.
- Berkongsi. Adakah kamu dan pasangan kamu dapat berkongsi bersama? Adakah kamu ingin pasangan kamu gembira? Ataupun kamu ingin sendiri menjadi gembira?
- Kekuatan. Adakah cinta ini memberi kamu tenaga positif dan memenuhi kamu dengan daya ciptaan? Ataupun cinta ini menyebabkan kamu letih dan lesu?
- Hormat. Adakah kamu dan pasangan dapat saling menghormati? Adakah kamu berbangga dengan pasangan kamu?
- Tabiat. Adakah kamu berdua hanya saling menyukai? Adakah kamu dapat menerima semua tabiat dan kelemahannya?
- Masa. Adakah cinta kamu dapat menahan cabaran? Adakah kamu berdua sudah cukup berkenalan?
Umat Krisitian dikenali dengan kasih sayang kerana saling mengasihi adalah perintah Tuhan. Tuhan menyeru kita saling mengasihi sesama manusia (Matius 22:37-40). Ini adalah kerana saling mengasihi ialah perintah Tuhan dan dari situ terbentuk tiga ulasan:
Pertama, saling mengashi sesama manusia ialah piawaian moral. Saling mengasihi ialah tanggungjawab kita walaupun orang lain tidak mengasihi kita. Dalam satu hubungan, kita fokus kepada bagaimana mengasihi pasangan dan bukan cara membuat pasangan kita mencintai kita.
Kedua, cinta juga merupakan satu tindakan kehendak kita. Rohani dan kehendak kita memilih untuk mengasihi. Cinta bermaksud memilih cara yang betul dan baik untuk bertindak dan bukan membuat perkara yang kita sukai sahaja.
Ketiga, cinta bukan mengikut perasaan kita. Tuhan tidak pernah berkata kita hanya hanya saling mengasihi apabila kita berasa kita mahu. Kita tidak dapat mengawal perasaan dan perasaan adalah sesuatu yang datang dan pergi seperti ombak di laut. Oleh itu, jangan biarkan perasaan kamu mendorong kamu. Ada orang pernah memberitahu saya: “Saya sudah tidak mempunyai perasaan terhadap orang itu.” Sebaik sahaja dia terdengar saya berkata: “Baik!”, dia pun terkejut. Saya berpendapat dia belum membuat persediaan untuk mencintai seseorang dan kini dia boleh mencintainya dengan ikhlas.
Sumber artikel:诺曼·莱特著,罗育龄译《神啊,谁是我的理想伴侣》,宇宙光