Belajar Berkata “Tidak” kepada Anak 

Masyarakat kini memberi kasih sayang yang terlebih kepada anak-anak. Oleh itu, adalah amat susah untuk ibu bapa berkata “tidak” kepada anak-anak. Ibu bapa pada zaman ini perlu belajar satu topik, iaitu tidak memberi anak dengan kemewahan terlampau. Syarikat permainan sanggup membelanja banyak untuk pengiklanan, semata-mata untuk menarik perhatian anak-anak. Kanak-kanak merupakan sasaran pelanggan mereka. Jika ibu bapa dipaksa membeli alat permainan disebabkan anak-anak, secara tidak langsung, mereka akan merampas keseronokan dan kepuasan anak-anak. Contohnya, segelas air adalah bagai emas kepada orang yang sangat dahaga. Sebaliknya ia tidak bernilai kepada orang yang tidak dahaga. Dengan samanya, anak-anak tidak akan berasa gembira atau puas hati sekiranya mereka tidak mempunyai keinginan yang tinggi terhadap barang yang diterima. Contohnya, memberi basikal kepada anak yang belum belajar berjalan atau memberi jam tangan kepada anak yang belum belajar membaca jam. Secara tidak langsung, anak-anak tidak akan memahami keperluan untuk berusaha gigih bagi mencapai sesuatu impian.

Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi peluang kepada anak-anak untuk mencuba dan berusaha gigih untuk mencapai sesuatu. Mereka hanya akan merasai kepuasan setelah berusaha. Sedihnya, ramai anak-anak tiada peluang untuk mengalami proses ini. Oleh itu, ibu bapa sebenarnya boleh menolong anak membina perkembangan karakter dengan berkata “tidak”kepada anak.

Sumber aritkel:Majalah Focus on the Family
Kata-kata kunci:hubungan keluarga, pertumbuhan anak-anak

About the author