Berhenti Memberi Alasan! 

Salah satu kelemahan manusia adalah mencari alasan untuk diri sendiri. Kita memberi alasan untuk menolak tanggungjawab apabila kita membuat kesalahan. Kita memberi alasan untuk menyalahkan orang lain apabila kita gagal. Terlalu banyak perkara tidak disiapkan dan kesilapan yang sama diulangi disebabkan oleh alasan.

Memberi alasan adalah tabiat buruk manusia. Dengan adanya alasan, kerja tidak dilakukan dengan bersungguh-sunggh dan bersikap negatif. Sebaliknya, manusia akan bersikap positif apabila tidak memberi alasan. Apabila alasan semakin bertambah, kehidupan menjadi semakin tidak bermotivasi.

Jangan mencari alasan untuk kerja yang perlu diselesaikan. Pergilah membuang sampah jika kamu ingin sekeliling yang bersih. Mulai membaca jika kamu ingin membaca. Seorang pelajar tidak boleh memberi alasan bahawa belajar itu menderitakan atau soalan peperiksaan sangat susah. Bah kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Segolongan pelajar tidak mempunyai tabiat bersukan. Alasan-alasan yang biasa diberikan adalah seperti tidak bertenaga untuk bermain bola, terlalu letih untuk berlari dan tiada masa untuk bersenam pagi. Punca utama jatuh sakit adalah kekurangan aktiviti fizikal.

Orang yang malas mempunyai banyak alasan. Pencapaian akan berkurang dengan bertambahnya alasan. Apabila alasan berkurang, pencapaian akan bertambah. Orang yang berjaya mencari penyelesaian manakala orang yang gagal mencari alasan untuk diri sendiri. 

Di Hangzhou, China, terdapat seorang perempuan yang berumur 23 tahun. Walaupun dia cacat kedua-dua kaki dan tangan, dia tetap menggunakan dagu dan petua hidung untuk menaip. Dia berjaya menghasilkan sebuah buku yang mengandungi 23 juta perkataan yang bernama “Malaikat Tanpa Sayap”. Sebenarnya, dia mempunyai ribuan atau jutaan alasan untuk tidak bekerja dan menunggu pertolongan dan belas kasihan orang lain. Namun begitu, dia mengatasi semua halangan dan menyingkirkan semua alasan. Akhirnya, dia menyelesaikan sesuatu yang orang biasa juga tidak dapat lakukan. Apa alasan yang boleh kita berikan untuk tidak berusaha jika dagu dan petua hidung boleh digunakan untuk menaip dan menerbitkan buku. Kita perlu menganggap kesusahan sebagai cabaran dan kegagalan sebagai sebahagian kehidupan. Dengan itu, mujizat dapat dihasilkan. 

Sumber artikel:谢美莲&王以昕《只要你长大》,文桥传播中心有限公司

About the author