Berpacaran dan Tidak Berkahwin 

Berdasarkan statistik tentang status perkahwinan yang terkini, didapati pasangan yang bakal berkahwin memilih untuk menunggu dengan lebih lama sebelum berkahwin. Sebahagian orang yang berasa bimbang dengan situasi ini dan berpendapat ini ialah masalah baru masyarakat. Namun, pilihan orang muda adalah bijak. Sepasang kekasih yang saling mencintai tidak bergesa-gesa untuk berkahwin tetapi memilih untuk menunggu seketika. Kamu mungkin akan tertanya: “Apakah yang dinanti oleh mereka?” Hakikatnya, mereka menunggu sebelum berkahwin kerana mereka ingin memikir dengan teliti tentang persoalan, “Siapakah kami?” “Apakah yang boleh kami buat?” “Apa yang kamu mahu sekarang?” Adalah amat bijaksana untuk memahami pemikiran sendiri sebelum memulakan perkahwinan.

Jika pasangan yang bercinta tidak mempunyai pendirian hidup sendiri, maka mereka akan dilamun cinta dan berkahwin dengan buta. Risikonya ialah mereka akan terlalu bergantung pada pasanganya. Apabila rasa cinta telah pudar, maka perkahwinan mereka akan berdepan dengan cubaan. Pasangan yang tidak diberi ruang yang mencukupi untuk mencari pendirian hidup akan berasa kehilangan arah apabila mereka tidak dapat bergantung kepada kekasih mereka. Biarlah saya membuat satu perbandingan. Setiap orang menggunakan masa berpuluh-puluh tahun untuk bertumbuh besar, belajar berdikari dan tidak bergantung kepada ibu bapa. Apabila bercinta, ramai orang muda mengalihkan pergantungan mereka dari ibu bapa kepada kekasih. Apabila pasangan tergesa-gesa berkahwin, mereka akan kehilangan keyakinan diri dan juga hilang peluang untuk berdikari. Unsur-unsur ini merupakan faktor yang penting untuk mengekalkan perkahwinan yang bahagia.

Belajar berdikari dan tidak bergantung kepada ibu bapa merupakan satu proses yang penting dalam pertumbuhan kita. Ini bersamaan dengan tidak terlalu bergantung kepada kekasih. Kamu boleh cuba hidup bersendirian atau bersama dengan jantina yang sama sebelum berkahwin. Ini dapat menolong kamu memperolehi semangat berdikari dan menubuhkan satu dasar yang kukuh supaya kamu dapat berkongsi hidup yang setara dengan pasangan.

Kamu akan tertarik dengan orang yang dapat memenuhi kekosongan hidup kamu apabila kerja dan hubungan persahabatan tidak dapat memenuhi kamu. Pada saat itu, orang tersebut hanya datang untuk memenuhi kekosongan dalam hidup dan dia bukan orang yang dapat berkongsi hidup bersama kamu. Kamu berdua tidak dapat memiliki hidup yang lumayan, dan hanya saling memenuhi kekosongan hidup. Apabila kamu menyedari ini, kamu akan tahu bahawa, seorang bujang yang hidup lumayan dan gembira mempunyai dasar yang baik untuk mencari pasangan dan akan memperolehi perkahwinan yang bahagia.

Sumber artikel:约翰·格雷著,白莲译《男人来自火星,女人来自金星》,中华工商联合出版社

About the author