Musim ujian umum tahunan akan datang dalam masa dekat seperti Penilaian sekolah
menengah Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Penilaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Calon peperiksaan mempunyai banyak buku rujukan yang belum siap membaca dan juga latihan yang belum dibuat. Malah juga ada calon yang belajar sampai larut malam hanya demi peperiksaan. Semua ini akan menyebabkan mereka berasa letih kerana keterlaluan penggunaan otak dan menyebabkan mereka merasa pening kepala dan keingatan turun, akhirnya tahap pelajaran menurun. Walaupun pelajaran hanya boleh bergantung kepada pelajar sendiri, tetapi kita boleh melalui kehidupan seharian untuk membantu kita mengurangkan tekanan dan meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Selain mengulang kaji sebelum peperiksaan, diet juga merupakan salah satu bahagian yang amat penting untuk seseorang calon. Oleh itu, jika anda merupakan seorang calon peperiksaan, marilah berusaha bersama demi peperiksaan!
Ulang kaji sebelum peperiksaan selain perlu menumpu perhatian sepenuhnya, daya ingatan juga amat penting untuk seseorang calon. Selain membaca berulang-ulang untuk mengukuhkan ingatan, calon juga boleh bergantung muzik, wangian, urutan dan penyesuaian tabiat tidur untuk membantu meningkatkan ingatan
Petua pertama: Menyusun mengikut pengkelasan buku
Terdapat banyak buku rujukan yang hendak membaca dan pengkelasan buku yang tidak sama, kadang kala calon akan merasa tidak tahu mana hendak mulakan membaca. Oleh itu kita hendak meluangkan masa untuk mengklasifikasikan buku sebelum mulakan membuat ulang kaji. Ini boleh membantu calon mengingat kandungan buku yang dibaca dengan betul dan mencapai hasil ingatan yang baik.
Petua kedua: Membaca dengan suara yang besar
Universiti Waterloo pernah menjalankan penyelidikan dan mendapati bahawa membaca kandungan buku dengan suara yang besar dapat membantu mengingatkan perkataan dan kandungan. Penyelidikan ini melibat 95 orang peserta dan telah menyelidikan empat cara membaca termasuk membaca tanpa suara, mendengar suara bacaan orang lain, mendengar suara bacaan sendiri dan membaca dengan suara yang besar. Keputusan penyelidikan ini menunjukkan bahawa membaca dengan suara yang besar mencapai kecekapan yang tinggi, dan boleh membawa hasil ingatan yang baik. Kemudian adalah mendengar suara bacaan sendiri, ketiga merupakan mendengar suara bacaan orang lain, dan terakhir merupakan membaca tanpa suara.
Petua ketiga: Mendengar muzik sambil membaca
Menurut siaran harian, pasukan penyelidikan di University of Rome telah mencari 10 orang remaja yang berumur 33 tahun, 10 orang tua yang berumur 85 tahun dan 10 orang tua yang berumur 77 tahun yang mempunyai gangguan kognitif ringan untuk menjalankan penyelidikan. Ahli penyelidik telah mencatat perubahan mereka sebelum dan selepas mendengar muzik. Akhirnya mendapati bahawa selepas mereka mendengar muzik Mozart , gelombong otak akan muncul perubahan dan menyebabkan nilai aktiviti meningkat dengan ketara.
Petua keempat: Lebih banyak menghidup Rosemary
Satu kajian yang dijalankan di University Northumbria, UK mendapati bahawa menghidup bau tumbuhan vanila rosemary dapat meningkatkan ingatan seseorang. Ahli penyelidik mengagihkan 40 orang kanak-kanak yang berumur 10 tahun hingga 11 tahun dalam bilik yang berlainan untuk menjalankan satu siri ujian ingatan. Satu bilik dipenuhi aroma minyak pati rosemary manakala satu bilik tiada. Akhirnya mendapati bahawa, kanak-kanak yang berada di bilik yang dipenuhi rosemary berbanding dengan kanak-kanak yang berada di bilik yang tidak penuhi rosemary, keputusan daya ingatan telah meningkat sebanyak 5% hingga 7%. Selain itu, ahli penyelidik juga menjalankan penyelidikan kepada remaja, dan akhirnya mendapat keputusan yang sama. Orang yang berada di bilik yang penuhi rosemary berbanding dengan orang yang tidak berada di bilik yang penuhi rosemary, keputusan daya ingatan lebih tinggi.
Petua kelima: Tidur siang selama 90 minit hingga 100 minit
Matthew Walker, penyelidik di University of California, Berkeley pernah menjalankan penyelidikan tidur dengan menjemput 39 orang menyertai. Mereka akan cuba mengingat 100 kombinasi gambar dan nama. Selepas tamat, mereka akan secara rawak dibahagikan kepada kumpulan yang berbeza atau menjalankan tidur siang berkumpulan selama 100 minit yang akan dipantau. Akhirnya mendapati bahawa seseorang yang tidak tidur, kebolehan pembelajarannya akan menjadi teruk. Manakala seseorang yang mempunyai tidur siang, kebolehan pembelajarannya akan meningkat.
Pengambilan makanan
Calon peperiksaan boleh cuba bermula dari diet dan semasa menumpukan perhatian, bolehlah berehat sekejap supaya dapat mengekalkan semangat dan mempunyai keadaan yang baik untuk memasuki peperiksaan untuk berjuang.
Jika calon ingin menumpukan perhatian semasa mengulang kaji, boleh cuba menstabilkan gula darah, meningkatkan adrenalin dan mengekalkan oksigenasi darah. Ini dapat mengurangkan perasaan letih, tegang dan gemuruh. Kalau ingin mencapai kesan tersebut, pakar diet bercadang calon boleh banyak pengambilan vitamin B, vitamin C, gandum keseluruhan, protein, asid lemak omega-3, kalsium, besi dan magnesium.
Kurangkan kerengsaan | Kumpulan Vitamin B, C
Vitamin B1 dan B6 dapat membantu mengurangkan metabolisme gula dan protein manakala vitamin C pula merupakan sejenis antioksidan yang boleh membantu mengurangkan tekanan dan juga memperkuat daya tahan. Ingat, sebahagian makanan vitamin B dan vitamin C harusnya dielak merendam dan memasak terlalu lama kerana ini akan menyebabkan makanan kehilangan vitamin.
Sumber nutrien: banana, ubi keledek, mil oat, beri biru, oren
Menstabilkan gula darah | Semua bijirin
Gula darah akan meningkat dengan ketara selepas kenyang dan ini akan menyebabkan calon berasa mengantuk. Bijirin kaya dengan serat pemakanan yang boleh memberikan kekenyangan kepada anak. Ia selain membekalkan gula dan tenaga, juga dapat menstabilkan gula darah untuk mengelakkan gula darah meningkat ketara selepas makan dan muncul keletihan.
Sumber nutrien: original mil oat, beras merah, roti bijirin.
Menenangkan ketegangan | Kalsium, Besi
Kalsium dapat mengurangkan ketegangan otot dan membantu seseorang tidak berasa ketegangan, keganasan dan kebimbangan manakala besi boleh membantu seseorang berasa gembira dan santai.
Sumber nutrien: susu, keju, tauhu keras, udang, lembu, babi, hati, sayur yang berwarna hijau gelap.
Tenaga | Magnesium
Magnesium memainkan peranan yang sangat penting dalam metabolisme dan membekalkan tenaga kepada tubuh badan seseorang.
Sumber nutrien: sayur hijau, kacang
Mengekalkan suasana hati yang baik | Asid Lemak Omega-3
Asid lemak omega-3 sangat penting untuk perkembangan otak dan dapat meningkatkan ingatan dan tumpuan seseorang calon. Selain itu, ia juga dapat membantu mengurangkan tekanan.
Sumber nutrien: ikan salmon, ikan tuna, ikan sardin
Menstabilkan emosi | Protein
Protein boleh meningkatkan rasa kekenyangan dan membantu kanak-kanak mempunyai tenaga serta menumpukan semangat untuk menghadapi peperiksaan. Selain itu, kategori makanan ini juga boleh membantu otak untuk menstabilkan emosi dan membuatkan kanak-kanak berasa santai.
Sumber nutrien: susu, ayam, telur
Sumber: Shi Hua Daily Supplement, 19 September, 2018.
Persediaan sebelum peperiksaan
●Memahami masa peperiksaan : calon haruslah menguasai masa dan urutan setiap subjek dengan baik kerana ia adalah suatu perkara kemestiaan. Selepas itu, menganalisis tahap pemahaman sendiri terhadap setiap subjek dan membuat satu pelan pembacaan semasa membuat ulang kaji.
●Perancangan masa ulang kaji : jika calon terdapat enam atau tujuh subjek dalam peperiksaan, dicadangkan membuat persediaan dua minggu awal. Jika hanya dua atau tiga subjek, akan bercadang membuat persediaan seminggu awal.
●Seni dan sains susun secara berasingan : calon harus belajar membezakan seni dan sains dengan baik dan tepat. Jika berasa sendiri mempunyai kebolehan pada sains liberal, calon boleh luangkan masa yang banyak kepada sains liberal dahulu, selepas itu baru meluangkan masa untuk menghafal seni liberal. Bagi seni liberal, selain sajak dan puisi yang mesti ingat perkataan demi perkataan, yang lain hanya penting dalam memahami. Oleh itu, semasa membaca subjek seni liberal, janganlah hanya menghafal tetapi cuba memahaminya.
●Jangan tidur lambat : calon mesti ingat jangan mengulang kaji sampai larut malam kerana perbuatan ini hanya akan menyusahkan diri sendiri. Calon dicadangkan untuk mengagihkan masa mengulang kaji dengan baik supaya tidak akan membaca sampai larut malam dan menyebabkan sendiri tidak mempunyai semangat dan tenaga.
●Bahan persediaan semasa peperiksaan : setiap tahun mesti ada calon lupa bawa bahan persediaan semasa peperiksaan dijalankan seperti alat tulis, pas peperiksaan dan lain-lain. Kadang kala ada juga calon yang lewat datang ke bilik peperiksaan. Kesalahan ini boleh dielakkan jika calon membuat persediaan awal.
●Mengekalkan mentaliti : dalam tempoh peperiksaan, calon mestilah belajar menenangkan mentaliti dan jangan berasa terlalu tekanan dan gementar.
●Berdoa : calon yang beragama kristian sepatutnya doa kepada Tuhan dari semasa ke semasa dan belajar memberikan segalanya kepada Tuhan dan biar Tuhan memimpin anda.
Nota pemakanan pra-peperiksaan
1. Kurangkan pemakanan manis
Makanan yang mengandungi gula yang tinggi akan menjejaskan pemikiran otak seseorang. Semasa peperiksaan, calon seharusnya kurang makan makanan yang manis, minuman yang manis dan juga makanan pemprosesan.
2. Kurangkan pemakanan makan tengah hari, makan malam
Penyiasatan merujuk bahawa seseorang yang makan terlalu kenyang akan mudah rasa mengantuk. Dalam tempoh peperiksaan, calon seharusnya makan 70% hingga 80% seharian untuk elakkan berasa terlalu kenyang. Calon juga boleh makan buah-buahan dan yogurt untuk mengganti makanan yang mudah berasa kenyang.
3.Kurangkan pemakanan ikan dan daging
Seseorang hanya memerlukan puluhan gram protein setiap hari, jika membekalkan terlalu banyak tidak ada kebaikannya. Untuk seseorang yang tidak begitu aktif dalam senaman, akan dicadangkan kurang pengambilan makanan protein.
Selain itu, pengambilan ikan dan daging yang banyak bukan sesuatu perkara yang baik untuk seseorang yang mempunyai tekanan mental berat dan beban kerja mental yang berat. Pengambilan makanan yang mengandungi protein tinggi akan membawa banyak tekanan kepada calon dan membebankan berat pada sistem pencernaan.
Pakar mengingatkan ibu bapa jika calon berasa tekanan, seharusnya kurang pengambilan makanan protein. Dengan ini, dapat memastikan mereka tidak akan mudah bersa mengantuk dan kecekapan mental tidak akan menurun. Oleh itu, calon seharusnya makan makanan yang mudah dihadam dan makanan yang kekurangan protein.
Selain diet, calon seharusnya mementingkan berehat.Tidur yang mencukupi bukan sahaja dapat mengurangkan keletihan otak dan meningkatkan kecekapan pembelajaran, tetapi juga membantu melindungi sel-sel tisu otak.
Bangun awal mengulang kaji pelajaran
Peperiksaan selain bergantung usaha, tidur yang mencukupi juga memainkan peranan yang amat penting. Kajian luar negara menunjukkan bahawa tidur mempunyai kesan menyatukan ingatan. Jika tidak mendapat tidur yang mencukupi, ingatan akan menurun dengan ketat dan akhirnya dapat menjejaskan pretasi pembelajaran calon.
Selain diet dan berehat, ulang kaji pada masa lapang juga boleh membantu memperdalam pengetahuan calon dan menjadikan ingatan calon kepada ingatan jangka panjang. Ini dapat membantu calon mengingat kandungan dan pengetahuan yang mereka belajar dengan cepat dan tidak mudah lupakan. Dengan ini, semasa hampiri masa ujian calon tidak akan berasa tergesa-gesa dan tekanan kerana telah melakukan persediaan awal. Calon diingatkan mesti berehat secukupnya dan jangan berasa terlalu gementar semasa menghadapi peperiksaan.
Akhirnya, semoga semua calon mempunyai peperiksaan yang lancar! Tuhan akan memberkati kalian!