Ramai orang berpendapat keputusan yang tidak baik adalah disebabkan oleh usaha yang tidak cukup. Hakikatnya, ramai orang telah berusaha tetapi masih tidak dapat memperolehi keputusan yang cemerlang. Kunci untuk berjaya bukan saja tekun malah perlu belajar dengan cara yang berkesan.
Belajar sedikit demi sedikit:
Kita perlu mengulang kaji dan bukannya belajar sebelum peperiksaan. Sila buat nota. Ini adalah lebih berkesan daripada menghafal beberapa hari sebelum peperiksaan.
Mengambil Inisiatif untuk Belajar:
Penyelidik mendapati cara yang paling efektif untuk belajar adalah dengan menjawab soalan ujian (mengekstrak maklumat dari daya ingatan) atau menulis tesis. Proses pembelajaran ini akan mengekstrak dan memasuk matlumat secara berterusan ke dalam otak dan meningkatkan daya ingatan. “Kesan Ujian” juga akan berlaku apabila kita mengajar orang lain. Kita boleh memberitahu ibu bapa atau rakan-rakan tentang ilmu yang kamu belajar dan ini akan menolong permahaman.
Jangan Mengorbankan Waktu Tidur:
Penyelidikan menunjukkan adalah susah untuk manusia menyerap maklumat baru apabila otak berada dalam keadaan letih. Oleh itu, belajar sehingga larut malam kemungkinan akan menjejaskan kecekapan. Penyelidikan mencadangkan tidur seketika pada siang hari dapat menolong kecerdasan walaupun hanya tidur untuk seketika.
Menggunakan Bahan Bacaan Kursus dengan Berkesan:
Satu eksperimen dijalankan untuk menilai kepentingan bahan bacaan kursus. Dalam eksperimen ini, pelajar-pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diberi bahan bacaan kursus terlebih dahulu, manakala kumpulan kedua tidak diberi bahan bacaan kursus. Pelajar yang diberi bahan bacaan kursus dapat mengingati isi kandungan kursus dengan lebih baik. Mereka bukan sahaja mencatat nota bahkan juga mendengar kandungan kursus secara pasif. Dengan memahami kepentingan bahan bacaan kursus, pelajar akan membawa bahan bacaan kursus ke kelas dan membuat persediaan sebelum belajar.
Meningkatkan Efikasi Kendiri:
Penyelidikan dari Universiti Florida mendapati individu yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi lebih bermotivasi dalam melaksanakan sebarang tindakan. Ini menjurus kepada pembelajaran yang positif. Efikasi kendiri tidak akan menjadikan seseorang lebih bijak tetapi ia boleh memberi orang keyakinan untuk menerima sebarang cabaran.
Jangan bertangguh:
Sikap suka bertangguh ialah penghalang kejayaan. Bagi orang yang mempunyai sikap suka bertangguh, menukar tugas atau suasana dapat mengurangkan penangguhan. Contohnya, membahagikan satu tugas kepada beberapa proses dan memberi galakkan selepas menyelesaikan tugas. Dengan ini, satu tugas dilihat sebagai beberapa matlamat yang perlu dicapai.
Sumber artikel:Harian Sin Chew,07/10/2021