Dua Sudut Pandang 

Cerita:

Di satu pekan kecil tinggal seorang datuk dengan cucunya. Mereka hidup ketika era perang dunia. Suatu hari, cucu itu mendapat surat panggilan untuk menjadi askar. Dia berasa sangat bimbang kerana dia takut akan mati di medan peperangan. Dia ingin mencabut lari tetapi dia tidak berani. Setiap hari dia menanti dalam kesengsaraan untuk waktu pergi menjalankan tanggungjawabnya.

Suatu hari, datuk menanya cucunya: “Wahai cucuku, adakah kamu sangat bimbang untuk pergi menjadi askar?” Cucu itu pun menjawab: “Ya, datuk.” Datuk pun berkata: “Sebenarnya, kamu tidak perlu begitu bimbang. Kamu hanya akan mempunyai dua pilihan apabila sampai di sana. Sama ada menjadi barisan hadapan atau kelompok bantuan perkhidmatan.”

Cucu pun menanya: “Apa yang akan berlaku jika saya pergi ke barisan hadapan?” Datuk pun menjawab: “Kamu juga tak perlu risau. Kamu masih ada dua peluang. Sama ada menjadi kelompok bantuan tempur atau kelompok tempur.” Cucu bertanya lagi: “Apa yang akan berlaku jika saya terjadi kelompok tempur?” Datuk menjawab dengan tenang: “Kamu boleh mencapai kemenangan atau cedera parah.” Cucu bertanya lagi: “Apa yang akan berlaku jika saya tercedera parah?” Datuk menjawab: “Itu pun tidak menjadi masalah. Kamu masih ada dua peluang, iaitu kecederaan yang dapat dirawati atau tidak dapat dirawati. Jika dapat dirawati, maka kamu akan balik kampung dan tidak perlu pergi menjadi askar lagi.” Cucu menjadi lagi bimbang dan bertanya: “Apa yang akan berlaku jika kecederaan itu tidak dapat dirawati?” Datuk menjawab dengan perlahan-lahan: “Maka kamu akan mati. Kamu tidak perlu bimbang tentang apa-apa lagi setelah mati. Sebenarnya, saya ialah orang yang harus berasa bimbang kerana ia adalah amat sengsara untuk orang tua mengebumikan orang muda!”

Nasihat:

Selalunya ada dua sudut pandang untuk setiap perkara. Kamu boleh melihatnya dari sudut positif atau negatif. Tiada perkara yang tidak dapat diselesaikan asalkan pandangan kita adalah positif. Sebaliknya, kita akan hidup dalam kebimbangan dan kesengsaraan jika kita melihat setiap perkara dari sudut negatif. Kenapa kita hidup dalam keadaan negatif apabila kita boleh memilih untuk melihat perkara dari sudut positif?

Sumber artikel:陈国强《为自己加油!》,文桥传播中心有限公司

About the author