Empati 

Seorang wanita tua pergi membeli belah dan wanita muda yang berada di depan menolongnya menolak pintu yang berat sehingga dia masuk ke dalam.

Apabila wanita tua itu mengucapkan terima kasih kepada wanita muda itu, wanita muda itu berkata: “Umur mak saya lebih kurang sama dengan kamu. Saya cuma berharap ada orang dapat menolongnya membuka pintu apabila dia berada dalam situasi sebegini.”

Suatu hari, wanitu tua itu pergi ke hospital untuk mengambil darah. Seorang jururawat yang muda gagal menemui saluran darah walaupun sudah dua kali bercuba. Kesan lebam ternampak di tempat cucukan jarum dan peluh kian memenuhi dahi jururawat itu. Wanita tua itu pun berkata: “Tak apa, cuba sekali lagi!” Dia berjaya mengambil darah pada cubaan ketiga. Akhirnya, jururawat itu dapat melepaskan nafas yang lega. Dia berkata: “Minta maaf, mak cik. Saya berterima kasih kerana kamu mengizinkan saya untuk cuba kali ketiga. Saya baru datang untuk menjalani latihan praktikal dan saya berasa sangat cemas untuk mengambil darah untuk kali pertama. Jika bukan galakkan kamu, saya tidak berani untuk mencuba lagi.”

Wanita tua itu tertawa sambil berkata: “Saya juga mempunyai seorang anak perempuan yang umurnya lebih kurang sama dengan kamu. Dia sedang belajar bidang perubatan. Dia juga akan seperti kamu. Saya berharap dia akan mendapat galakkan dan pertimbangan daripada pesakit apabila dia mengambil darah untuk kali pertama.”

Persepsi

Toleransi dan sikap memahami boleh disebar di antara manusia. Kunci untuk memperolehi sikap ini adalah menukar pandangan kita, meletakkan diri pada tempat mereka dan mempunyai sikap empati.

Sumber artikel:张婧《心灵盛宴:只需改变自己一点点》,朝华出版社

About the author