Hanya kamu yang menghargai saya 

Pada Hari Ibubapa, guru sekolah tadika berkata, “Anak kamu ada gangguan hiperaktif

duduk selama tiga minit pun susah untuknya, lebih baik kamu membawanya pergi hospital menerima rawatan.” Dalam perjalanan balik rumah, anak bertanya kepada ibu apa yang guru berkata tadi. Ini menyebabkan ibunya rasa sedih. Dalam kelasnya yang seramai 30 pelajar, dia adalah pelajar yang berprestasi paling lemah. Dia adalah satu-satunya pelajar yang gurunya rasa kurang puas hati.

Walaubagaimanapun, ibu memberitahu anaknya, “Guru memuji kamu tadi, kerana kamu, asalnya kamu tidak dapat duduk selama satu minit, tetapi sekarang boleh duduk selama tiga minit. Ibu-ibu lain memang rasa dengki kepada ibu, kerana hanya kamulah yang ada kemajuan.”

Malam itu, anaknya makan dua mangkuk nasi, dia tidak pernah makan sebegitu banyak nasi. Lagipun, dia makan sendiri tanpa ibu menyuap.

Semasa anaknya dalam sekolah rendah, dalam Hari Ibubapa, guru berkata, “Dalam lingkungan 50 pelajar, ujian matematik kali ini, anak kamu berkedudukan ke-40, kami mengesyaki dia ada masalah akal, lebih baik dia boleh menerima rawatan di hospital.”

Semasa mereka balik rumah, ibunya menangis. Tetapi, apabila sampai rumah, dia berkata kepada anaknya yang berada di depan meja, “Guru rasa yakin kepadamu. Guru memberitahu ibu kamu tidak bodoh, asalnya kamu sangat teliti, kamu akan mengatasi kawan-kawan yang duduk bersama denganmu. Dia berkedudukan ke-21 kali ini.”

Selepas ibu berkata kepada anaknya, ibunya menemui bahawa kekecewaan anaknya menjadi kegembiraan. Apa yang lebih menakjubkan adalah anakanya lemah lembut dan taat, nampaknya sudah lebih matang. Hari yang kedua, dia pun pergi sekolah lebih awal daripada dulu.

Waktu sekolah menengah rendah, sekali lagi Hari Ibubapa, ibu duduk di atas tempat duduk anaknya, menunggu guru memanggil nama anaknya. Setiap kali, nama anaknya dilingkungi dalam senarai nama pelajar yang lemah. Tetapi, tidak dapat disangka kali ini nama anaknya tidak dalam senarai nama itu. Dia berasa sikit kurang biasa. Sebelum balik, dia tanya guru dan guru beritahu, “Menurut keputusan anakmu, kalau ingin masuk ke sekolah menengah tinggi yang cemerlang ada sikit kesusahan.” Ibu beredar dengan rasa gembira. Anaknya sedang menunggunya.

Dalam perjalanan balik, ibunya beritahu anaknya dengan senyuman merdu, “Guru berasa puas hati kepadamu, dia berkata, asalkan kamu rajin berusaha, kamu berkemungkinan besar boleh masuk ke sekolah menengah tinggi yang cemerlang.

Selepas tamat sekolah menengah tinggi, senarai nama pelajar kumpulan pertama yang masuk universiti sudah diumumkan. Sekolah bertelefon dan meminta anaknya pergi ke sekolah. Ibu rasa yakin anaknya akan diterima masuk ke Tsinghua University. Ini adalah sebab semasa memohon masuk universiti, dia pernah beritahu anaknya, dia yakin anaknya boleh masuk universiti ini. Anaknya balik dari sekolah, hulurkan sampul surat yang dicetak dengan logo Tsinghua University itu kepada ibunya. Selepas itu, dia berlari laju ke dalam biliknya dan menangis teresak-esak. Dia menangis sambil berkata, “Ibu, saya tahu saya bukan anak yang pintar, tetapi dalam dunia ini, hanya kamu yang menghargai saya……”

About the author