Hati yang Tergerak oleh Belas Kasihan 

Yesus dan murid-murid-Nya meninggalkan Yerikho dan bertembung dengan dua orang buta. Yesus berbelas kasihan kepada mereka. Dia menyentuh mata mereka dan serta-merta mereka dapat melihat.

Puan He Yu Ru telah menyelamatkan puluhan ekor anjing yang cacat, cedera atau sakit melebihi 20 tahun. Apa yang paling menakutkan untuknya adalah kegagalan untuk menyelamatkan nyawa anjing-anjing ini. Dia berkata: “Jangan mudah berputus asa dengan apa yang bernyawa”.

Seorang kaunselor psikologi yang bernama Ai Bi, berkata, perkara yang paling menyedihkan di dunia ini adalah melihat orang tersayang diintubasi dan mengalami penderitaan. Keputusan yang dibuat pada waktu itu tiada betul atau salah, hanya yang paling baik. Contohnya, seorang anak berbisik kepada ibunya: “Ibu, kamu boleh meninggal dengan tenteram kerana badan kamu tidak perlu diintubasi lagi.”

Penulis Qiong Yao, menulis dalam sebuah bukunya yang bertajuk “Sebelum Salji Turun”, tentang sikap sepasang suami isteri yang menghadapi proses penuaan dan kematiaan.

Adakah hati kamu akan tergerak oleh belas kasihan apabila melihat keadaan begini, contohnya, orang cacat yang tidak dapat membuka pintu, atau memimpin tangan warga emas untuk menaiki atau menuruni tangga atau menolong penunggang motosikal yang terjatuh.

Adakah kamu akan memijak atau berbelas kasihan kepada seekor ulat bulu apabila kamu bertembung dengannya?

Sumber artikel:Harian SinChew,13/10/2020

About the author