Baru-baru ini saya pergi ke sebuah firma undang-undang yang besar
untuk menguruskan beberapa perkara penting. Jurukaunter yang berada di kaunter bersikap sombong terhadap saya. Selepas siapkan urusan dan menunggu di lif untuk meninggalkan tempat tersebut, saya terjumpa degan pemilik firma undang-undang ini. Kami saling bersalaman dan bertanya khabar masing-masing kerana beliau adalah kawan saya yang sudah lama tidak berjumpa. Jurukaunter itu terkejut apabila mengetahui bahawa kami adalah sahabat baik.
Ini mengingatkan saya sebuah cerita.
Pada zaman dahulu, terdapat sebuah kota yang indah di United Kingdom yang bernama Kota Arundel. Pemiliknya adalah Duke of Norfolk.
Gadis kecil itu membawa bagasi yang berat.
Disebabkan jarak Kota Arundel jaraknya kira-kira satu batu dari stesen keretapi. Gadis kecil itu pun meminta bantuan porter stesen untuk mengangkat bagasinya ke kota dengan ganjaran semua wangnya kepada porter iaitu satu duit syiling. Porter tidak berminat terhadap satu duit syiling lalu menolak permintaannya serta menghina gadis itu. Kemudian, Duke datang dan bersetuju untuk membantu gadis kecil.itu. Duke mengangkat bagasi gadis kecil itu dan menghantarnya ke Kota Arundel. Setelah sampai ke kota itu, Duke pun menerima ganjaran wang satu syiling dari gadis kecil itu dan mengucapkan terima kasih kepada gadis itu.
Sudah tentu, pada keesokan harinya, gadis itu terkejut bahawa orang yang memberikan bantuan kepadanya ialah Duke of Norfolk.
Berbandingan dengan porter stesen yang bersikap pandang rendah terhadap gadis kecil itu, Duke telah menunjukan amalan yang akhlak dan merendahkan diri. Tokoh-tokoh yang berstatus tinggi biasanya berakhlak senang didekati dan bersikap berbudi bahasa. Sebaliknya, orang hamba yang mempunyai kedudukan social yang tidak bermoral selalunya suka memandang rendah terhadap orang lain.
Ramai pembantu penjual kedai dan pelayan organisasi mempunyai sikap buruk begini. Mereka hanya menunjuk sikap hormat kepada orang yang berpakaian mewah, tanpa mengetahui bahawa orang yang betul-betul kaya biasanya bersikap peramah dan berpakaian biasa.
Orang yang semakin rendah status, semakin ambil berat tentang penilaian orang lain terhadapnya dan selalu bimbang akan orang lain memandang rendahnya. Mereka ini suka mengadu tentang status mereka tidak cukup tinggi. Yang lebih buruk lagi, ada juga orang yang menginjak-injak orang lain supaya meningkatkan status sendiri.
Sekiranya seseorang itu betul-betul menyedari akan penilaian sendiri dan kemuliaan identitinya, dia tidak akan membuat perbandingan dengan orang yang kurang berakal atau menghina mereka sesame sendiri sehingga diri sendirinya berasa marah ataupun timbul perasaan simpati diri sendiri. Mesej Berita baik ialah : Tuhan Pencipta Alam Semesta menerima kita semua dan senantiasa ingin berbaik semula dengan kita semua . Dia mengorbankan diriNya untuk membolehkan setiap orang yang percaya Tuhan Yesus Kristus boleh menjadi anak-Nya. Ini merupakan satu identiti yang begitu bernilai! Dan ini adalah cukup untuk kita menjadi seorang yang sudi menghulurkan bantuan kepada setiap orang tanpa mengikut status kekayaan atau kemiskinan mereka.