Kanak-kanak miskin mengetuai
“Siapakah orang miskin dalam kelas ini?”
Tiada orang mengangkat tangan. Tetapi ini tidak bermaksud tiada anak miskin dalam kelas. Hanya mereka tidak ingin mengatakannya…
Kebelakangan ini saya menerima surat, dalam surat menyebut tentang keadaan keluarga anak miskin, ini menjadikan dia rasa rendah diri, tidak dapat berhadapan dengan orang. Selepas membaca surat ini, hati saya rasa sedih dan tidak berdaya. Sedih kerana anak ini rasa tidak selesa; rasa tidak berdaya kerana perbezaan sosial kekayaan, yang miskin semakin miskin, yang kaya semakin kaya! Saya pun menulis topik ini.
Anak orang kaya tidak dapat mengetahui kesusahan anak miskin, tetapi jiwa anak miski mesti diperlihara dengan baik, kita mesti menjaga harga diri mereka dengan baik.
Dua anak miskin yang berbeza
Feng dari keluarga ayah tunggal, tinggal di bandar. Ibunya meninggalkannya dengan ayahnya yang bekerja sebagai kerja sambilan sebelum dia berusia setahun! Pendapatan ayah tidak melebihi seribu sebulan, susah mengekalkan kehidupan. Feng tiada skirt yang baik, tiada beg yang bergaya, alat tulis, malah buku pun dipinjam, buruk belaka, oleh sebab ayahnya tidak ada wang untuk membeli pembalut plastik buku untuk dia, dia perlu menggunakan kalendar lama untuk membalut buku, apabila cikgu meminta pelajar mengeluarkan buku, pemukaan kalendar lama selalu membuat dia rasa malu. Namun bapanya sentiasa berkata: “Cantiknya, masa dahulu…saya ingin membaca pun tidak berpeluang…”
Hampir semua rakan sekelas dari keluarga sederhana, makan baik, pakai baik, barang yang diguna pun baik, dari percakapan mereka, sesetengah dari mereka mempunyai pembantu rumah. Berada dalam situasi sebegini, kekurangan pemikiran yang tepat, bagaimanakah Feng tidak rendah diri? Di sekolah Feng tidak banyak bercakap, kawan kurang, merupakan seorang pendiam.
Zai seorang anak miskin yang tinggal di kampung, dalam rumahnya ada tujuh hingga lapan orang yang perlu dijaga, ayahnya hanya seorang penjaja biasa, berapa banyak kerja sepasang tangan dapat lakukan? Ibunya perlu menjaga nenek tua, menjaga rumah, sangat sibuk! Semua kawan di sekeliling Zai pun begitu, anak miskin sering memancing ikan, bermain bola, menangkap burung, kadang-kadang bekerja untuk mengumpul telur dan membersihkan sangkar burung di ladang berdekatan untuk mengaut untung sebanyak beberapa ringgit semasa lapang.
Yang paling hebat dalam keluarga merupakan motosikal atuk, bapa sering berkata dengan bangga: “Lihatlah, saya menjaganya dengan begitu baik, ia masih boleh dipakai selepas dua puluh tahun!” Zai tidak memandang rendah terhadap diri sendiri, tidak berasa malu kerana memakai pakaian murah. Zai hidup dengan gembira! Fikirkan, Feng dan Zai kedua-duanya anak miskin, apakah sebab sebenarnya yang mengakibatkan perbezaan yang besar di antara mereka?
Saya telah membaca satu artikel yang diterbit oleh Ren Xiao, tajuknya: miskin juga boleh gembira.
Dikatakan bahawa ibu bapa orang Jepun sering menggunakan cerita pelakon komedi Jepun, Thai Do serta penulis terkenal Zhao Guang untuk mendidik anak mereka.
Selepas Perang Dunia II, ramai orang Jepun mengalami kemiskinan. Zhao Guang tinggal bersama nenek yang miskin. Nenek Guang Zhao seorang yang hebat, walaupun miskin, tetapi menghadapi kehidupan dengan kebijaksanaan, humor dan sikap positif.
Nenek yang miskin meletakkan sekeping kayu di sungai yang berdekatan dengan rumah, tujuannya adalah untuk menghalang barang-barangan yang terapung di atas permukaan air, nenek menyatakan ianya pasar raya dia. Guang Zhao dan nenek sering bergembira dengan barang yang mengalir dari hulu sungai. Barang yang didapati mereka ada pakaian buruk, sayur-sayuran yang tidak segar, buah-buahan yang cacat, cawing. Cawang selepad dikering boleh digunakan untuk menyalakan api, lobak dan timun yang cacat boleh dipotong atau dihiris di mana rasanya sama selepas dimasak. Apabila tiada yang dapat dihalang, nenek berkata: “Hari ini pasar raya rehat kah?”
Nenek ikat tali yang panjanga di pinggangnya, di akhir tali diikat magnet, jalan ke mana magnet menyedut. Apabila balik, di atas magnet ada banyak skru, paku, besi, semuanya boleh dijual. Zhao Guang suka bersenam, nenek mencadangkan dia perlu jogging, kerana jogging tidak perlu membelanja. Zhao Guang telah menjadi atlet terkenal. Nenek walaupun miskin, tidak mengadu, optimis dan ceria nenek berjaya mengajar cucu menghadapi kesukaran dengan senyuman, ringkas, ikhlas, hidup dengan gembira.
Saya suka artikel ni, saya juga suka nenek ini, seorang orang miskin sedih sering tidak kerana kemiskinan, tetapi kerana cara pemikiran dia memburukkan lagi kemiskinan dan kesedihan. Sebenarnya, kita harus berhati-hati, jangan biar pemikiran silap mempengaruhi pandangan kami tentang konsep kemiskinan.
Kemiskinan benar VS kemiskinan palsu Apakah kemiskinan benar? Apakah kemiskinan palsu?
Seorang gadis kecil, ibu bapa sangat miskin, tidak mempunyai kerja tetap, selalu meminjam wang untuk meneruskan kehidupan. Ibu badan lemah, perlu meminjam wang untuk rawatan apabila ibu sakit, saudara mara dan kawan di sekeliling takut menjadi tanggungan, adik-beradik pun menjauhi. Tetapi bapa ini berkata: “Kehidupan semakin susah, kami lebih tabah, ada tangandan kaki tidak takut mati kelaparan!” Ayah ini melakukan apa sahaja kerja yang ada, kulit gelap disinar matahari, cinta anak, cinta keluarga, humor, walaupun miskin tidak putus asa! Apabila kamu pergi rumah dia, kamu akan terdengar ketawa dia! Dari segi material, mereka bena-benar miskin, tetapi dari segi jiwa, mereka lebih kaya daripada ramai orang!
Ada seorang pengetua tua, dia berharap anak berjaya tetapi tidak, semua anak membesar dan berkahwin, walaupun mereka tidak kaya, tetapi tidak risau makanan dan tempat tinggal. Pengetua tua selalu membandingkan anak dengan anak orang lain: “Lihat! Anak orang itu tidak berpendidikan tinggi, tetapi boleh memandu kereta baik, tinggal di rumah besar, sekeluarga pergi melancong apabila cuti…, anak orang itu pula, pendapatan sebulan melebihi sepuluh ribu, pekerja sahaja dua tiga…” Pengetua tua pun ada sedikit simpanan tetapi selalunya berkata wang banyak digunakan untuk pendidikan anak! Dia tidak kekurangan apa-apa, tetapi nampaknya dia tidak gembira. Saya merujuk keadaan ini sebagai kemiskinan jiwa! Selalunya ingin diri angat miskin, selalu memberitahu orang bahawa dia miskin…
Siapakah yang benar-benar miskin? Siapkah yang pura-pura miskin? Apakah pendapat kamu?
Anak miskin perlu mengelakkan
- Merendahkan harga diri dan tidak bergaul dengan orang lain
Kes: Ping berasal dari keluarga miskin, dalam keluarga hanya ibu yang bekerja sebagai pembersih untuk menyara, bapa tidak bekerja, selalu gila selepas mabuk, menjadikan kehuru-haraan. Keadaan keluarga menjadikan Ping merendahkan hargadiri, enggan bercakap dengan orang lain tentang keluarganya, bukan sahaja benci ayah, malah berasa malu kerana kerja ibu. Sikap dia pendiam, hubungan sosial tidak baik, merupakan seorang anak di mana keadaan jiwanya kurang baik.
Ramai anak merendahkan harga diri kerana keadaan keluarga. Khususnya berbanding dengan pelajar lain, sekiranya tidak ada panduan yang betul, selalunya melahirkan pemikiran rendah diri, rasa diri tidak sebaik orang lain, semuanya adalah salah. Tiada seseorang di dunia ini layak memandang rendah terhadap orang lain, kami tidak boleh rasa kita lebih hebat daripada orang lain, pada masa yang sama tidak boleh rasa kita lebih teruk daripada orang lain, perlu tahu semua orang dicipta mengikut imej Tuhan, semua orang bernilai dan perlu dihormati oleh diri sendiri dan orang lain! Tuhan tidak menilai orang dengan penampilan, juga tidak memutus merujuk kepada kekayaan orang.
Kitab mengatakan: “Orang miskin yang tingkah laku baik lebih baik daripada orang kaya yang berhelah.” (Amsal Bab 19 kata 1) Ayat in sangat menarik, oleh itu walaupun kita miskin, kita mesti menjadi “orang baik”. Selagi tingkah laku kita baik, kita tidak patut rendah diri. Oleh itu, perlu menilai diri sendiri dengan cara yang betul…
- Sombong
Kes:Ibu bapa Yang meninggal dunia awal, Yang dibesarkan oleh atuknya, atuk tua meneruskan kehidupan dengan wang saraan, kehidupan tidak sebaik mana pun! Yang benci atuk kerana selalu berkata: “Jimat…Jangan membazir…”. Di sekolah, dia ketua, semua pelajar mematuhi suruhan dia, dia juga menyusahkan guru!
Sebenarnya, dalam hati Yang dia sangat rendah diri, dia menggunakan kesombongan untuk menghiaskan rendah dirinya, menggunakan penampilan luar yang cerah untuk menutup kegelapan dalamannya. Ini sering merupakan fenomena negatif yang biasa dilihat. Sekiranya kita seorang yang sombong, fikirkan adakah dalam hati kita, fahami diri sendiri, adakah kita ada perasaan rendah diri?
- Suka mengambil kesempatan
Kes: Keluarga Joe dapat membekalkan makanan seharian tetapi tiada wang lebihan untuk belanjaan lebih. Dia nampak kawan mempunyai alat tulis yang cantik, alat permaianan yang menyeronokan, buku komik menarik, rasa sangat iri hati! Tetapi keluarganya tidak ada wang lebihan untuk dia membeli barang-barangan mewah ini. Joe tidak sayang diri sendiri, mula mencuri…
“Miskin”, selalunya merupakan punca kecurian. Kami benar-benar harus mengingatkan diri sendiri: Orang miskin tidak boleh putus semangat! Jangan mengambil kesempatan kerana miskin, jangan memupuk tabiat mencuri kerana miskin! Perlu ketahui bahawa kenikmatan kebendaan tidak penting, kelakuan dan sifat tidak boleh diabaikan!
- Sikap benci kekayaan
Kes: Yun paling benci orang kaya, dia tidak senang hati dengan kawan yang kaya. Dia berasal dari keluarga sederhana, walaupun tidak rendah diri, tetapi entah kenapa dia benci orang kaya! Selalu menyusahkan orang kaya, mencari masalah, marah selagi ada peluang, seolah-olah semua orang kaya penjahat!
Inilah yang dipanggil sikap benci kekayaan, permikiran terjejas kerana kemiskinan, rasa dunia tidak adil, kerana “orang kaya”, oleh sebab itu diri begitu miskin…dalam dunia yang mementingkan kewangan, orang miskin amat sensitive dengan kemiskinan sendiri, rasa kemiskinan amat memalukan, sikap benci kekayaan semakin berkembang, seolah-olah semua orang kaya menyinggungnya!
Tips:
Miskin bukan satu kesalahan, kemiskinan tidak memalukan! Saya tidak percaya bahawa seseorang akan miskin seumur hidup. Tetapi orang miskin tidak boleh malas, tidak boleh hidup dalam aduan dan kebencian.
(Amsal) Bab 10 kata 4 berkata: “Orang yang malas, akan miskin; orang yang rajin, akan kaya.” Yesus Kristus bukan orang kaya apabila di dunia, dia faham perasaan orang kaya. (Kitab) kata Dia yang memilih untuk menjadi misin, agar orang lain boleh menjadi kaya melaluinya…
“Kamu perlu ketahui bahawa restu Tuhan Yesus, dia boleh pilih kekayaan, tetapi dia telah menjadi miskin kerana kamu, agar kamu boleh menjadi kaya kerana kemiskinan dia.” (Korintus 2 Bab 8 kata 9)
Kanak miskin melanjut perlajaran
Sudah tentu ramai orang memberitahu kita: untuk menghapuskan kemiskinan, perlulah bergantung kepada pendidikan. Lagipun lebih banyak belajar, peluang untuk melanjut perlajaran lebih besar. Namun, kos pendidikan tingi amat membebankan, apa kata bagi orang miskin, wang simpanan keluarga sederhna pun habis digunakan untuk anak belajar. Semuanya bimbangan pelajar.
Adakah kanak miskin perlu “menerima nasib”: kenapa saya bukan anak orang kaya? Adakah anak miskin tidak ada harapan melanjutkan perlajaran?
Saya ingin kongsikan pengalaman melanjut perlajaran saya
Tahun saya tamat pelajaran, keluarga banyak berhutang, kawan saya sama ada pergi ke luar negara untuk melanjut perlajaran, ataupun pergi universiti. Berfikir tentang keadaan keluarga, saya ketahui semuanya mustahil, saya rasa susah hati. Tidak ingin ibu bapa rasa susah, saya juga tidak ingin putus asa. Selepas mengajar sebagai guru sementara selama sembilan bulan, saya memohon untuk melanjut pelajaran ke Taiwan. Pada masa itu, saya hanya memiliki sekeping ticket dan wang pendahuluan (tiada wang kehidupan). Tidak lama selepas sampai ke universiti, saya mula mencari kerja, saya rasa gelisa apabila nampak wang yang sedikit dalam buku simpanan. Tetapi saya percayai Tuhan akan memimpin saya.
Empat tahun berdikari di universiti, semua yuran dan belanjaan kehidupan dibayar dengan pendapatan bekerja. Pagi enam lebih setiap hari saya sibuk hingga pukul sebelas lebih malam. Saya juga pernah bekerja pada siang, menulis laporan pada malam, semalam tidak tidur, terus begitu pada hari kedua. Bekerja di perpustakaan, sebagai guru sambilan, sebagai peronda, pengawal dan sebagainya. Saya masih ingat satu kali semasa saya mengawal, saya memakai baju bercahaya, mengambil bar cahaya dan mengawal di pintu pagar universiti, saya tidak berani melihat ke hadapan, takut dinampak pelajar yang dikenali, guru yang mengajar saya…tetapi saya tahu saya tidak melepaskan setiap peluang untuk mengaut keuntungan. Akan tetapi, tidak perlu rasa simpati, kerana kehidupan universiti saya bukan kehidupan yang susah, ia adalah kenangan paling indah! Saya tidak mengabaikan pelajaran kerana mengaut keuntungan, saya lebih rajin, berusaha, berjimat…
Jenaka kerana berjimat cermat banyak, saya masih ingat brek basikal rosak, lama tidak sanggup membaiki, setiap kali saya menggunakan kaki untuk berhenti, susah berhenti. Masa itu dari uiversiti ke tempat saya tinggal perlu melalui cerun, brek kaki tidak berkesan, selalunya melalui rumah tanpa berhenti, perlu kembali semula, perkara ini diketawakan orang! Saya kurang tidur, kadang-kadang memang letih, namun empat tahun itu saya memang gembira! Selama empat tahun saya tidak menggunakan wang keluarga, saya masih ada wang lebihan untuk dibawa pulang.
Pembekalan Tuhan mencukupi, lebih daripada harapan saya. Sebenarnya, orang miskin tidak lagi miskin bukan sahaja perkara orang miskin, kerajaan, masyarakat dan orang berupaya di sekeliling bertanggungjawab! Apabila masyarakat dan kerajaan tidak membantu, kita perlu lebih berusaha, jangan putus asa! Saya percaya ramai anak miskin yang ingin belajar seperti saya, tetapi tidak dapat belajar kerana keadaan keluarga yang miskin, saya ingin bercakap kepada kamu: “Anak, terus maju, capaikan impian! Belajar mencari jalan keluar dalam keadaan susah, menemui kebahagiaan, keyakinan diri, tabah, tidak putus asa dari kemiskinan. Bukan masam muka, tetapi tabah, rajin, ceria, menghadapi setiap cabaran dengan ikhlas. Dalam tempoh itu, bantulah mereka yang memerlukan bantuan!”
Kenapakah Tuhan membiarkan saya miskin?
Saya pernah nampak pelajar lain bersembunyi dalam selimut hangat apabila saya bangun awal untuk bekerja; nampak pelajar lain makan dengan selesa apabila saya menjadi pengawal di pintu pagar universiti; nampak orang makan sayap ayam dan paha ayam apabila saya makan leher ayam dan kaki ayam, dalam hati bertanya Tuhan: “Ya Tuhan, kenapakah biarkan saya miskin?” Ini memang soalan yang susah dijawab! Apabila saya berasa negatif, saya rasa susah hati, tertekan, tidak puas hati…
Saya rasa ramai orang miskin pernah berfikir diri menjadi orang kaya! Selepas itu, saya dengar orang orang kurang upaya berkata Tuhan menjadikannya orang kurang upaya kerana ingin menyenangkan orang kurang upaya lain; dengar ibu bapa keluarga yang ada anak bermasalah berkata Tuhan mahu dia belajar ada kasih sayang, bergantung kepada Tuhan, memahami orang lain…
Lama-kelamaan, saya tidak lagi bertanya soalan ini. Saya fahami semua perkara saling berkaitan, agar orang yang cintai Tuhan mendapat manfaat, miskin, tidak semestinya “perkara buruk”! Saya belajar berdikari, tekun, raji, berjimat cermat, dan bersuka ria…saya masih ingat pada tahun tiga, seorang senior berkata kepada saya dan Jing: “Saya rasa iri hati, kamu berdua tidak ada wang tetapi setiap hari bergembira…” Pada masa itu, saya rasa bersyukur, kegembiraan dari Tuhan amat besar! Ini tidak dapat dikaitan dengan wang yang ada!
Kemudian saya berfikir, sekiranya dahulu saya bersembunyi dalam selimut hangat, atau makan ais, makan paha ayam dan sayap ayam, saya tidak akn memahami perasan orang miskin, tidak akan mempunyai pengalaman ini, juga kekurangan kegembiraan bergantung kepada Tuhan, adakah ia bermaksud: “miskin lebih baik”?
Orang yang menjaga orang miskin bersyukur, Tuhan akan menyelamatkan dia apabila dia dalam kesusahan. (Syair 41:1)
Lee Jia Tong pernah menulis satu artikel — orang kaya dan pengemis, dalam artikel ada satu ayat: orang kaya bersama dengan pengemis di suatu tempat adalah sesuatu perkara yang memalukan.
Orang kaya dan pengemis
Dalam artikel ada sebuah cerita: dikatakan bahawa beberapa ratus tahun yang lalu, ada seorang yang kaya mengajak seorang pelukis melukis dia dan sekeluarganya dengan bangunan yang dimiliki dalam lukisan pada hari jadi enam puluhnya. Tuan dan puan dalam lukisan amat mewah, anak berseronok, duduk, berdiri dan bekejar di padang hadapan rumah, amat bahagia.
Tidak lama selepas hari jadi, kawasan tadbiran berlakunya tragedi. Seorang petani meninggal dunia, meninggalkan isteri yang badan lemah dan empat orang anak. Kemudian, balu meracun makanan anak, bunuh diri selepas anak-anaknya mati. Selepas tragedi itu, orang kaya selalu merenung lukisan. Dia kata dia nampak dua orang pengemis di atas padang yang mengemis ahli keluarga untuk makanan dalam lukisan, namun ahli keluarga tidak bertindak. Tetapi ahli keluarga tidak nampak pengemis dalam lukisan. Suatu hari, orang kaya memanggil semua ahli keluarga ke bilik bacaannya, lalu berkata “orang kaya bersama dengan pengemis di suatu tempat adalah sesuatu perkara yang memalukan.” Dia ingin mereka mengingati ayat ini seumur hidup.
Dia bukan berkata pengemis memalukan, juga bukan berasa orang kaya perlu rasa malu. Tetapi dia rasa orang kaya ada keupayaan membantu orang miskin, tetapi hanya menikmati kehidupan, mengabaikan keperluan orang miskin di sekeliling, inilah perkara yang memalukan! Keturunan orang kaya amat berkebolehan, mereka selalu menjaga golongan lemah di masyarat walaupun mereka berjaya dalam kerjayaan mereka.
Dikatakan bahawa di England ada satu kebajikan yang menjaga kebajikan orang miskin kerana keturunan orang kaya yang berjuang di parlimen.
Sekiranya kamu tidak miskin
Sebagai pelajar atau ahli masyarakat, apakah perasaan kamu? Saya suka orang kaya tahu bertaubat. Tuhan menganugerahkan kekayaan bukan kerana kehebatan kita, kita selalunya lupa kita hanya penjaga, sombong kerana kekayaan yang dipunyai, tidak memberi bantuan kepada orang lain, juga menghina orang miskin.
Setiap hari membuka surat khabar, kami lihat perkara yang tidak adil. Orang yang kaya dan berkuasa tidak menumpukan perhatian terhadap perkara yang sepatutnya, malah ketagih dalam kekuasaan, mengabaikan keadilan, menindas orang, ingin lebih banyak kuasa; sebaliknya orang biasa yang mengorbankan apa sahaja yang dipunyai kepada masyarakat. Adakah ini tidak memalukan? Tuhan adalah adil, semua orang perlu menghadapi perbicaraan adil, yang banyak melakukan kesalahan akan dihukum!
Selalu mengingati diri sendiri, lihat di sekeliling: Adakah dia orang yang memerlukan bantuan? Fahami dan mengambil berat orang lain.Bab 19 kata 17 berkata: “Yang mengasihi golongan miskin, adalah meminjam kepada Tuhan, perlakuan baik dia, Tuhan akan membayar.”
Ramai pelajar berkata: “Saya hanya seorang pelajar, tidak mampu membantu orang lain.” Saya percayai mungkin ada pelajar yang tidak berkemampuan, tidak ada wang lebihan untuk membantu orang lain. Tetapi saya lebih percayai sebahagian besar pelajar berkemampuan, tetapi mereka hanya sanggup menghabiskan wang dan tenaga tehadap perkara yang disukai. Cubalah mempertimbangkan persekitaran, kurangkan sepasang jeans yang berharga dua ratus ringgit, kurangkan sejambak bunga ros yang mahal, boleh membantu saudara-mara, rakan-rakan, kawan-kawan atau orang yang tidak dikenali, agar mereka dapat menikmati kasih sayang…
Sumber: The Youth Way Fasa 86