Kasih yang Lengkap 

Hadiah terbaik yang kita boleh bagi kepada ahli keluarga kita ialah “kasih yang lengkap”.

Ahli pakar pernah menyatakan bahawa kasih sayang merangkumi sifat keadilan dan sifat kelembutan. Namun, kebanyakkan orang lebih cenderung kepada salah satu sifat. Orang yang cenderung kepada keadilan lebih senang menunjukkan sikap tegas. Apabila berlakunya kesalahan, orang yang cenderung kepada keadilan dapat menyelesaikan masalah dengan senang dan menunjukkan sikap yang tegas kepada orang di sekelilingnya. Sebaliknya, orang yang cenderung kepada kelembutan akan menunjukkan simpati, memaafkan orang lain dengan senang dan memahami perasaan orang lain. Tetapi, mereka tidak begitu handal dalam pengendalian masalah.

Bagaimana mencari keseimbangan dalam kasih sayang? Cara yang paling baik ialah memahami sikap diri sendiri dan berusaha belajar. Jika kita cenderung kepada keadilan, maka kita boleh belajar mengguna keadilan untuk menyelesaikan masalah dan pada masa yang sama belajar untuk bersikap berlemah lembut. Kita perlu menggunakan kasih yang lengkap untuk hidup dengan harmoni. Kita boleh menjalin hubungan yang erat dengan ahli keluarga dan juga orang lain apabila kita belajar memahami dan membentuk sikap diri sendiri. Sumber artikel:Majalah Focus on the Family Malaysia

About the author