
Duduk di rumah merupakan langkah yang terbaik untuk mencegah penularan wabak. Ibu bapa perlu mengambil perhatian supaya anak-anak tidak menggunakan alat elektronik untuk masa yang berpanjangan. John Tung Foundation menggunakan hasil penyelidikan luar negara sebagai peringatan bahawa gaya hidup sendentari akan meningkatkan risiko kemurungan di kalang pemuda-pemudi. Mereka diingatkan untuk bangun dan menggerakkan badan setiap 30 minit.
Pada Februari 2020, Universiti Kolej London membuat satu kajian terhadap 4257 orang pemuda-pemudi. Mereka diberi akselerometer untuk dipakai pada umur 12, 14 dan 16 tahun. Dalam masa tiga hari, aktiviti sukan mereka dikesan untuk sekurang-kurangnya 10 jam. Kesihatan mental mereka disaring dengan menggunakan soal selidik CIS-R dan MFQ.
Kajian mendapati aktiviti fizikal mereka berkurang di antara umur 12 tahun dan 16 tahun. Jika gaya hidup sedentari bertambah 60 minit sehari, maka markah untuk kemurungan akan bertambah pada umur 18 tahun. Sebaliknya, markah untuk kemurungan akan berkurang jika aktiviti fizikal bertambah sejam sehari. Jika mereka mengamalkan gaya hidup sedentari untuk masa yang panjang, markah kemurungan boleh mencapai setinggi 28.2% pada umur 18 tahun.
Ye Ya Xing, Pengarah Pusat Kesihatan Mental John Tung Foundation, menyatakan gaya hidup sedentari semakin meningkat di kalangan pemuda-pemudi dengan tambahnya penggunaan telefon bimbit, kalkulator, tablet dan permainan atas talian. Kajian tersebut menunjukkan kaitan langsung antara gaya hidup sedentari dan kemurungan.
Ye Ya Xing menekan pemuda-pemudi perlu bersukan dan tidak boleh mengabaikan kepentingan aktiviti ringan kerana ia boleh dijalankan pada bila-bila masa. Tujuannya adalah untuk mengurangkan masa duduk. Contohnya, berdiri sambil menggunakan kalkulator, menetapkan masa untuk berdiri dan minum air, berjalan-jalan, meregangkan badan atau saling mengingati rakan-rakan untuk berdiri semasa berbual dalam telefon.
Pakar Psikiatri kanak-kanak dari Pusat Psikiatri Taoyuan, Dr. Chen Zhi Chai, menunjukkan pada dahulu tujuan utama aktiviti fizikal di kalangan pemuda-pemudi adalah untuk tujuaan kesihatan, koordinasi badan dan menguatkan tulang. Keberkesanan sukan terhadap kesihatan mental kurang diberi perhatian. Aktiviti ringan yang disebut adalah aktiviti harian seperti membeli belah, berjalan-jalan, mengemas katil, menyediakan makanan, membawa anjing berjalan-jalan, berkebun dan mencuci pinggan mangkuk.
Sumber artikel:CNews, 05/04/2020