Pandemik COVID-19 menyebabkan frasa “kuarantin” menjadi terkenal. Ramai orang terpaksa menjalani kuarantin di hospital, hotel atau rumah. Saya berasa amat kasihan dengan pesakit-pesakit COVID. Malangnya bagi pesakit COVID, bukan sahaja mereka tidak dapat dijaga dan ditemani oleh ahli keluarga, malah tidak dapat berjumpa dengan ahli keluarga dan kawan-kawan. Ada pula ahli keluarga yang tidak dapat menatap wajah mangsa untuk kali terakhir. Sesetengah pesakit yang telah pulih pulang ke rumah dan hanya mendapati ahli keluarga mereka sudah meninggal dunia. Perpisahan tidak pernah mudah, apatah lagi berpisah dengan orang tersayang tanpa berjumpa untuk kali terakhir.
Ini mengingatkan saya tentang Yesus yang tidak difahami oleh ahli keluarganya apabila Dia memikul beban dosa kita, murid-murid-Nya melarikan diri apabila Dia ditangkap dan Tuhan meninggalkan-Nya apabila Dia disalib. Yesus keseorangan pada saat-saat terakhirnya. Orang yang mempercayai Yesus adalah berahmat kerana sama ada kematian atau ditinggalkan oleh pasangan, kita dapat difahami oleh Yesus yang pernah diasingkan oleh orang.
Doa:
Bapa Surgawati, terima kasih kepada-Mu kerana Engkau tidak pernah meninggalkan saya walaupun orang lain meninggalkan saya atau apa jua situasi. Terima kasih atas janjiMu: Tuhan sendiri akan memimpin kamu, dan Dia pulalah yang akan menyertai kamu. Dia tidak akan membiarkan kamu dan tidak akan meninggalkan kamu. Jangan takut dan jangan kecut hati (Ulangan 31:8). Oleh itu, saya mahu terus mengikuti Engkau, menyertaiMu dalam sepanjang hidupku. Dalam nama Yesus Kristus saya berdoa, Amin!
Sumber artikel:取自王宝星面子书