
Adalah tidak mudah bagi remaja kini untuk melewati belia mereka dengan selamat. Ibu bapa perlu tahu cara untuk menolong dan melindungi anak mereka dengan secepat mungkin. Perkara yang paling menyedihkan dalam pertumbuhan remaja adalah tamparan kepada keyakinan diri. Biasanya, remaja akan menyesali dengan kebodohan dan kegagalan sendiri sebelum melangkah ke alam kedewasaan. Oleh itu, ibu bapa perlu tahu cara untuk mendorong dan menggalakkan anak-anak supaya mereka dapat melewati zaman remaja dengan lancar. Adakah kita mempunyai cara untuk menolong mereka untuk bertumbuh dengan selamat dan gembira?
Satu cara yang penting untuk meningkatkan asas keyakinan diri pada hari kelak adalah memupuk hobi. Contohnya, bermain bola keranjang, tenis, aktiviti rekreasi atau membela binatang. Kuncinya terletak bukan pada mengajar anak-anak pelbagai teknik. Mereka dapat membina keyakinan dan harga diri dari aktiviti yang menyeronakkan dan menolong mereka menanggung tekanan yang diberi oleh masyarakat. Apabila remaja ditanya dengan soalan seperti: “Siapakah kamu sebenarnya? Adakah kamu seorang yang berguna kepada masyarakat dan negara?”. Hati remaja akan senang tersinggung jika mereka tiada persediaan mental.
Oleh itu, ibu bapa yang pandai akan menolong anak mereka memilih hobi sejak kecil dan menolong membina keyakinan diri. Ini adalah sumbangan yang paling berharga daripada ibu bapa kepada anak.
Sumber aritikel:爱家杂志