Jika kita menanya semua ibu: “Apakah perkara yang paling menyakitkan kepala dalam proses mendidik anak?” Kebanyakkan ibu akan berkata perkara yang paling susah adalah pertengkaran di antara anak-anak.
Tidak kisah berapa umur mereka, semua anak adalah macam seorang pejuang kecil. Mereka sentiasa mencari peluang untuk saling menyerang dan bertengkar. Setiap orang cuba melindungi diri sendiri dan sering mencari kelemahan orang lain. Semua pertengkaran ini menyebabkan ibu berasa tidak senang hati! Hakikatnya, kita dapat mengelakkan perkara ini berlaku. Anak-anak tidak perlu saling berjuang dan orang dewasa tidak perlu berasa susah hati. Kesemua ini adalah fenomena yang tidak sihat.
Saya mempunyai satu cadangan untuk memperbaiki hubungan ini, iaitu, ibu bapa jangan mencetus sifat cemburu dan sifat suka bersaing di kalangan anak-anak. Ini adalah kerana anak-anak selalu menyimpan dendam di dalam hati apabila ibu bapa memilih kasih. Oleh itu, sebagai ibu bapa, kita harus lebih berhati-hati dalam pertuturan dan perlakuan, untuk mengelakkan perbandingan di antara anak-anak sama ada dari segi rupa paras, intelektual, kesihatan dan sebagainya. Perbandingan akan mempengaruhi imej kendiri anak-anak.
Ibu bapa seharusnya mengendalikan perbezaan di antara anak-anak dengan sifat yang tajam. Ini dapat mengurangkan sifat permusuhan di antara anak-anak dan membina suasana yang harmoni, penyayang dan generasi yang bergaul dengan harmoni.
Sumber artikel:Focus Family