Menerima Perangai Anak yang Lembut (1) 

Sesetengah anak mempunyai perangai yang lebih ketara sejak lahir manakala anak yang lain pula mempunyai perangai yang biasa. Kadang-kala, keadaan ini akan membuat ibu bapa berasa runsing. Seorang ibu memberitahu saya tentang anaknya yang mempunyai perangai yang lemah lembut. Dia sentiasa dibuli oleh anak-anak lain di tadika. Setiap hari ibu itu akan menggalakkan anaknya untuk melawan balik bagi melindungi diri. Namun begitu, cadangan ini adalah bertentangan dengan perangai semula jadinya. Dia tidak pernah terfikir untuk melawan orang lain.

Akhirnya, pada suatu hari, anak ini sudah tidak dapat bertahan. Dia memutuskan untuk menerima cadangan ibunya. Dalam perjalanan ke sekolah, dia berkata: “Ibu, saya akan melawan balik jika ada orang membuli saya hari ini. Tetapi, saya akan memukul mereka dengan ringan sahaja!” Kita tidak tahu bagaimana anak ini akan memukul lawannya dengan ringan! Namun, ini adalah munasabah bagi seorang anak yang berperangai lemah lembut. Biasanya, ibu bapa akan berasa bimbang akan anak yang lemah lembut, terutamanya jika dia anak lelaki.

Dalam masyarakat kini, seorang yang biasa tidak akan mendapat begitu banyak perhatian dan penghormatan berbanding dengan seorang pemimpin. Malah, ada kalanya mereka dianggap tiada prospek. Sebenarnya, setiap orang mempunyai perangai yang berlainan. Ibu bapa perlu memberi galakkan dan menerima perangai semula jadi anak mereka. Saya menasihati ibu bapa untuk menerima dan menghormati perangai semula jadi anak-anak mereka dan berterima kasih atas perangai mereka. Jangan minta anak kamu untuk mencontohi orang lain atau mengikuti modal yang tertentu. Sila ingat dia juga seorang anak yang istimewa dan kamu sepatutnya berasa gembira dan bangga untuknya.

Sumber artikel: Focus on the Family Malaysia

About the author