Mengasuh Anak-anak 

Penulis:杜布森博士
Editor:余兰芯

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kita akan terfikir tentang despotisme apabila berbincang tentang cara mengasuh anak-anak. Apabila kamu menyentuh perkataan “kuasa” ini, ramai berpendapat ia merujuk kepada keganasan atau perlakuan dan bahasa yang kasar. Jika seorang bapa digambarkan sebegitu, ini bermaksud dia menggunakan tumbuk untuk mengawal peraturan dan semua orang kena berdiri tegak apabila mendengar kata-katanya. Hakikatnya, “kuasa” bermaksud menghormati seorang pemimpin. Jika seorang pemimpin tidak dihormati, ini adalah bersamaan dengan tidak ada pemimpin.  Keadaan akan menjadi kucar-kacir dan bahaya jika tiada pemimpin.

Anak saya membela seekor tikus sebagai haiwan pelihara semasa dia masih kecil. Tikus itu berlari di dalam sangkar, cuba menggigit sangkar dan berusaha membuka pintu sangkar untuk keluar daripadanya. Lima kaki dari satu penjuru ialah anjing yang dibela oleh keluarga kami. Ia sedang menegakkan telingar dan menatap pada tikus itu. Saya sangat pasti di dalam otaknya  terfikir sebegini: “Keluarlah si tikus dari sangkar itu untuk mencari kebebasan kamu, dan saya akan memberi kamu satu pengalaman yang sukar dilupai.” Jika tikus ini dapat dibebaskan, maka nyawanya akan tamat. Anak-anak menganggap disiplin adalah bersamaan dengan sangkar. Anak-anak yang muda tidak dapat melihat kebahayaan yang mengintai di luar sangkar.  Jika kamu sayang akan anak-anak kamu, kamu perlu menggunakan kuasa kamu dengan betul untuk mengasuh anak-anak untuk  menanggung tanggungjawab di rumah.

Sumber artikel :Majalah Focus on the Family Malaysia

About the author