
Tahun ini merupakan tahun kelima saya bekerja. Saya masih ingat, selepas graduasi, saya menunggu selama dua tahun baru mendapat kerja yang sesuai. Sebagai orang baru kepada kerja, saya berasa amat teruja. Sehingga kini, saya masih berasa sangat bahagia kerana dapat pergi bekerja setiap hari. Namun begitu, di sebalik kebahagiaan ini, saya perlu berdepan dengan satu cabaran, iaitu hubungan sesama manusia.
Saya tidak memiliki meja sendiri di tempat kerja. Perselisihan senang tertimbul di ruang yang kecil apabila bekerja bersama-sama untuk masa yang lama. Salah seorang rakan sekerja suka meleter saya. Pada mulanya, saya ingat dia hanya memberi tunjuk ajar kepada pekerja baru. Lama-kelamaan, saya dapati dia bercampur tangan dalam pelbagai perkara. Secara beransur-ansur, saya berasa bimbang untuk bergaul dengan orang sebegini, malah, dalam hati saya tertimbul perasaan benci dan dendam. Saya asyik terfikir bagaimana untuk membalas dendam.
Suatu hari, apabila saya sedang merenung, satu ayat di buku Roma menangkap perhatian saya, iaitu “Jangan berasa terhutang apa-apa kepada sesiapa pun kecuali kasih-mengasihi, kerana seseorang yang mengasihi sesama manusia telah memenuhi hukum.” Pada mulanya, saya tidak mengisahkan ayat ini kerana saya berasa tidak bersalah dalam hubungan sesama manusia.
Selepas itu, Tuhan sering mengingati saya tentang “saling menyayangi” di setiap waktu merenung, membaca Alkitab dan persekutuaan. Saya mendapati saya hanya dapat menyayangi orang dalam kumpulan gereja. Rupa-rupanya, saya seorang yang bermuka dua. Kemudian tertimbul satu pertanyaan dalam hati saya: “Jika saya hanya menyayangi orang yang saya sukai, apa bezanya saya dengan orang lain?”
Sejak itu, setiap kali apabila saya bertembung dengan rakan sekerja ini, saya tidak lagi berdendam dengannya. Sebaliknya, saya ternampak kesepiannya dan bertanya khabar dengannya secara proaktif. Kadangkala saya tetap berasa tidak selesa apabila berjumpa dengannya, tetapi, saya percaya Tuhan sedang mengubah hati saya, melatih saya untuk menyayangi orang lain. Oleh itu, saya berterima kasih dan berharap Tuhan dapat mengubah hidup saya.
Sumber artikel:No.43 Living Water