Menjadi Bebas dengan Belajar Melepaskan 

Ramai orang berusaha kuat untuk mengubah orang lain. Mereka sering mengeluh dan berharap orang tertentu akan berubah, perkara tertentu akan bertukar baik tetapi mereka tidak berperasaan diri sendiri perlu berubah.

Dalam kehidupan harian, kita sering berpendapat kesusahan dapat diselesaikan sekiranya orang lain berubah. Jika orang lain sanggup memenuhi kehendak kamu atau berubah mengikut harapan kamu, maka ia adalah perkara yang paling menggembirakan.

Namun demikian, perkara tidak sentiasa berlaku seperti yang kita harapkan. Semakin kamu berharap orang lain berubah, semakin susah untuknya berubah. Apakah cara yang boleh digunakan agar seseorang itu berubah? Ramai suami isteri, guru dan ibu bapa sedang memikirkan persoalan ini.

Tiada Perubahan jika Tidak Sudi Melepaskan

Seorang isteri berpendapat hubungan suami isteri akan bertambah baik jika suaminya pulang kerja lebih awal. Dia berpendapat suaminya balik lewat kerana suaminya tidak menghargainya, tidak mencintainya dan tidak mahu menemaninya. Pemikiran ini menyedihkan si isteri dan menyebabkan mereka sering bertengkar. Dia berpendapat segala masalah dapat diselesaikan jika suaminya berubah. Si isteri memfokuskan masalah pulang lewat dari kerja sebagai punca kerenggangan hubungan. Hakikatnya, cara untuk mengeratkan hubungan adalah lebih penting.

Sebenarnya, “melepaskan” adalah satu perubahan. Hanya dengan melepaskan harapan untuk mengubah seseroang, barulah kita dapat mengalihkan fokus dari orang lain ke atas diri sendiri. Dengan ini kita dapat mencari punca masalah dan memilih apa yang kita boleh laraskan atau kuasai.

Bertanggungjawab untuk Mengubah Diri Sendiri

Perkara ajaib akan berlaku apabila kita tidak menarup harapan berlebihan kepada seseorang. Apabila seseorang mula bertanggungjawab untuk mengubah diri sendiri, hubungannya dengan ahli keluarga dan rakan-rakan akan berubah. Contohnya, isteri yang disebut tadi boleh berubah menjadi seorang wanita yang gembira dan berpotensi. Dia boleh memasak hidangan yang enak dan menjadikan suasana gembira apabila suaminya pulang. Dengan ini suaminya kemungkinan akan pulang dengan lebih awal. Apa yang perlu diberi perhatian ialah orang lain berubah disebabkan oleh perubahan yang dibuat oleh kita sendiri. Ia tidak mempunyai apa-apa tujuan. Jika ia mempunyai tujuan, maka segala akan kembali ke modal untuk menukar orang lain sekali lagi.

Kita perlu melepaskan burung yang digenggam di dalam tangan untuk memiliki seekor burung yang boleh terbang. Jika tidak, kamu cuma memiliki seekor burung yang hampir mati lemas. “Melepaskan” boleh memberi kamu kehidupan yang berlainan: kehidupan yang bebas dan bertanggungjawab kepada diri sendiri.

Sumber artikel:Majalah Focus on the Family Malaysia

About the author