“Suami, kamu juga hendaklah hidup bersama isterimu dengan sikap mengerti. Berilah penghormatan kepada isteri sebagai kaum yang lebih lemah dan sebagai rakan pewarismu yang sama-sama menerima kasih kurnia hidup. Dengan demikian doamu kepada Allah tidak akan terhalang.” (1 Petrus 3:7)
Memahami hati isteri merupakan perkara yang amat susah bagi lelaki. Lelaki yang tidak memahami isteri mempunyai sifat tidak matang. Mereka akan menggunakan pemikiran sendiri untuk melayan isteri dan menggunakan cara sendiri untuk mengawal isteri. Petrus menunjukkan tips untuk menjadi suami yang baik adalah mempunyai “kebijaksanaan”, iaitu menyayangi isteri mengikut pengertian terhadap isterinya. Ramai lelaki membuat pelbagai perkara untuk menjadi suami yang lebih baik, tetapi perkara yang dilakukan pula menjadi situasi lagi teruk. Jika tidak memahami isteri, maka suami akan menggunakan kasih yang salah untuk menjalin hubugan suami isteri. Suami boleh cuba mencatatkan maklumat tentang isteri, contohnya, perkara yang dia suka dan benci atau perkara untuk didoakan. Apabila kita semakin memahami isteri, maka kasih untuk isteri akan terbentuk.
Petrus menekankan “kebijaksanaan” sebab isteri ialah “kaum yang lebih lemah”. Selain memahami isteri, suami juga perlu melayan isteri dengan sikap yang betul. Setiap isteri berharap suaminya mengertinya, mengetahui keperluannya dan berasa selamat bersama dengan suaminya. Memberi perlindungan kepada isteri merupakan tanggungjawab setiap suami.
Petrus berkata penghormatan adalah faktor utama untuk kebahagiaan isteri. Menurut Kamus Bahasa Melayu hormat bermaksud mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan, khidmat dan takzim. Kita perlu mengerti dan menghormati isteri kerana dia ialah rakan pewarismu yang sama-sama menerima kasih kurnia hidup.
Petrus menkonklusi doa suami kepada Allah tidak akan terhalang jika dia menyayangi isterinya. Ini adalah kerana kebahagiaan isteri akan mempengaruhi hubungan kita dengan Tuhan. Hubungan suami isteri yang baik tertonjol apabila mereka saling berdoa untuk keperluan masing-masing. Jika doa mereka tidak terhalang, maka mereka juga mempunyai hubungan yang baik dengan Tuhan.
Adakah kita mengerti isteri? Adakah kita jelas dengan doa keperluan isteri? Adakah kita tahu perkara yang isteri kita gembira atau bimbang? Kasih yang tulus hanya didapati dalam Kristus. Marilah kita melihat pasangan kita dengan mata yang penuh keyakinan, menggunakan kasih Tuhan untuk menyayangi isteri dan mendirikan rumah tangga yang sempurna.
Wahai kaum lelaki, jangan lupa bahawa hadiah terbaik untuk anak adalah menyayangi ibu mereka.
Sumber artikel:《每日活水:幸福快递》,202204