
Belajar “berbaik dengan orang, diri sendiri tidak dilukai”!
Dalam kitab banyak ajaran mengajar kita menyayangi orang, bertoleransi. Rom bab 15 kata 2-3 mengajar kita agar menyenangkan jiran, agar dia mendapat manfaat…kerana Yesus juga tidak mementingkan kebahagian sendiri…”. Akan tetapi, orang sekarang amat mementingkan diri sendiri. Sedikit sahaja dah berkata: “Saya dilukai…”, “untuk melindungi diri sendiri, memutuskan hubungan dengan XXX pun tak apa…”. Dari pandangan saya, melindungi diri memang tidak bersalah, tetapi perlulah berlajar membesar dengan kurniaan Tuhan. Kalau terlalu mementingkan diri sendiri, maka tidak betul. Saya percayai kita boleh berbaik dengan orang pada masa yang sama tidak dilukai. Ia nampaknya susah dari segi manusia; tetapi senang dari segi Tuhan! Yang penting adalah mahu atau tidak.
Dalam seumur hidup kita mungkin kerana banyak perkara yang berbeza menyebabkan hubungan dengan kawan atau saudara-mara tidak baik. Mungkin kerana wang, mungkin kerana cinta, mungkin kerana pandangan tidak sama, mungkin kerana kesalahfahaman, mungkin entah kenapa orang itu tidak suka kita, selalu bertentang dengan kita, ada konflik!
Saya masih ingat semasa sekolah menengah, ada seorang rakan sekelas yang duduk di sebelah entah kenapa tidak bercakap dengan saya lagi. Saya rasa sakit hati pada masa itu, tidak tahu bagaimana mengendali, saya tidak berani menyoal dia, saya juga rasa marah kerana perubahan dia, saya rasa dia semakin benci saya, maka saya pun tidak berbaik dengan dia! Sehingga tamat pengajian, kita tidak lagi bercakap. Selepas kira-kira satu dekad, saya dengar dari rakan sekelas lama, barulah saya ketahui bahawa pada masa itu, dia tidak suka saya guna cecair pembetulan, dan sentiasa menyoal dia tentang latihan matematik! Saya rasa lucu selepas mendengarnya, saya tiada ingatan saya sentiasa mengunakan cecair pembetulan dia, dan saya juga tidak tahu rupa-rupanya dia tidak suka mengajar saya matematik.
Selalunya hubungan antara manusia begitu rapuh, tidak melebihi sebotol cecair pembetulan. Sekarang ditinjau kembali, benar-benar rasa kesal, kalau ada peluang berjumpa, saya mesti memberi dia sedozen cecair pembetulan, meminta maaf dengan dia…menutup mata kamu, adakah sesiapa yang kamu “lihat sahaja dah benci”? Atau ada sesiapa yang berjumpa sahaja tidak bergaduh pun bertengkar? (Berpura-pura tidak dikira) Orang itu mungkin adalah ibu bapa, guru-guru, adik-beradik, rakan-rakan dan kawan. Apabila difikir, orang yang semakin dekat lebih mudah bercanggah!
Hubungan berpecah belah 1
Yun Xi | : | “Ibu…hari ini saya sangat susah hati, tidak gembira!” |
Ibu | : | “Yun Xi, kenapa dengan kamu? Kenapa kamu tidak gembira hari ini?” |
Yun Xi | : | “Hari ini saya baru tahu Mei berpura-pura baik dengan saya!” |
Ibu | : | “Mei? Bukankah dia kawan baik kamu?” |
Yun Xi | : | “Dulu mungkin, sekarang mesti tidak!” |
Ibu | : | “Apakah yang telah berlaku antara kamu berdua?” |
Yun Xi | : | “Saya telah bertengkar dengan diri hari ini!” |
Ibu | : | “Oh?” |
Yun Xi | : | “Saya hanya meminjam nota dengan dia, dia terus marah! Dia kata dia paling benci saya tidak menumpu perhatian dalam kelas, selalu meminjam barang dari dia, kata saya hipokrit, dia kata sikap suka ketawa adalah berpura-pura, marahnya saya! Jangan dia meminjam baju dari saya untuk pergi parti hari jadi atau jamuan, saya mesti akan menyusahkan dia! Saya ingin memutus hubungan dengan dia, dia bukan kawan saya lagi.” |
Dalam kehidupan Yun Xi, dalam ingatan dia, semua ornag suka dia, cinta dia, puji dia, tiada orang yang pernah mengkritik dia, bagaimanakah dia boleh menerimanya? Kalau hubungan Yun Xi dan Mei berputus sebegini, adakah kamu rasa kesian?
Hubungan berpecah belah 2Perasaan abang sulung dan adiknya sangat baik, tetapi setelah berkahwin, hubungan tidak sebaik dahulu. Bapa baru sahaja meninggal dunia, mereka telah bertengkar tentang pembahagian harta…
Abang Sulung | : | “Kamu beritahu saya dengan jujur, berapa wang bapa beri kamu untuk berniaga sebelum meninggal dunia? Kamu hanya tahu meminta wang dari dia dengan alasan berniaga, dia bodoh kerana tua maka memberi wang secara berterasan!” |
Adik | : | “Berhati-hati dengan ucapan kamu, saya ada kembali wang yang dipinjam, bapa begitu cinta kamu, kamu katakan dia bodoh! Kamu tidak takut disambar petir?” |
Abang Sulung | : | “Bapa cinta saya? Kamu menipu, walau bagaimanapun, saya tidak akan memberi kamu sedikit wang pun!” |
Adik | : | “Dengan kuasa apa? Saya tidak pernah lihat abang yang seperti kamu!” |
Abang Sulung | : | “Kamu jangan panggil saya abang lagi, saya tiada adik kamu yang sebegini!” |
Wang, boleh memusnahkan banyak hubungan yang baik. Ramai orang tidak mementingkan hubungan adik-beradik, kawan, malah ibu bapa kerana wang! Tetapi memusnahkan hubungan kerana wang, berbaloi?Hubungan berpecah belah 3
May | : | “Saya dengar dengan jelas bahawa kamu meminta Yang memutuskan hubungan dengan saya, kamu tidak akui?” |
Ibu | : | “Tidak, saya tiada bercakap sedemikian…” |
May | : | “Saya dah ketahui tiada perkara baik kamu meminta nombor telefon dia dari saya!” |
Ibu | : | “Saya hanya beritahu dia bahawa mementingkan pelajaran barulah bercinta!” |
May | : | “Lihat! Akhirnya kamu akui! Adakah kamu tidak ingin saya lebih bahagia daripada kamu, mahu saya seperti kamu, keseorangan seumur hidup!” |
Ibu | : | “Pia! Berani kamu kata sedemikian? Sia-sia saya begitu susah membesarkan kamu!” |
May | : | “Ah! Kamu pukul saya? Saya pergi sekarang, kamu anggap kamu tiada melahirkan saya” |
Semuanya dialog drama, dalam kehidupan pun ada ramai pemuda-pemudi mengorbankan kasih sayang keluarga kerana “cinta”. Dalam pandangan Mei, teman lelaki lebih penting daripada apa sahaja, lebih daripada hubungan dengan ibu, apakah pendapat kamu?
Punca-punca pecahan hubungan…
Mari kita fikirkan beberapa soalan berikut:
- Dari pandangan kamu, apakah punca pecahan hubungan?
- Adakah kamu mengalami keadaan sebegini?
- Apakah perasaan kamu apabila hubungan kamu dengan orang lain tidak baik?
Punca mengakibatkan pecahan hubungan ramai, antaranya…
Salah faham
“Kamu sebenarnya tidak mengalu-alukan kedatangan saya ke rumah kamu, tiada guna katakan sekarang!” Kadang-kala “tersalah dengar”, “terlalu sensitif”, “salah faham”, “dengar terlalu banyak khabar angin”, kalau tidak ditangani dengan baik, hubungan mudah terjejas! Lebih baik kita tidak memahami pendapat orang lain dengan tekaan kerana kita mudah tersalah faham maksud orang lain.
Pentingkan kebaikan sendiri
“Orang memang pentingkan diri, saya tahu ini kesalahan saya, tetapi untuk naik pangkat, saya sangkup merosakan hubungan dengan orang lain!” Demi wang, demi kuasa, demi masa hadapan, demi keluarga, demi diri sendiri..orang biasanya bercanggah dengan orang kerana faedah sendiri. Oleh itu, kita mesti berwaspada agar tidak menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri!
Cemburu
“Ramai orang kata Mei cantik, tetapi saya rasa dia kolot!” Ada orang takut orang ramai lebih popular daripadanya, lebih hebat, secara keseluruhan, tidak ingin orang lain lebih baik daripadanya. Asalkan orang lain memang dia, dia tidak gembira. Orang sebegini mudah cemburu, amat berhati-hati, mudah mengatakan kata yang mudah mencederakan orang lain.
Pandangan berbeza
“Saya kata kita berbincang dengan guru sebelum berbincang dengan para pelajar, kamu pula kata sebaliknya, mestilah berbincang dengan dengan guru baru betul!” Pandangan berbeza paling mudah menimbulkan percanggahan. Akan tetapi, setiap orang adalah individu, ada pandangan, cara mengendali, emosi, latar belakang yang berbeza, kita tidak boleh meminta orang lain sama dengan kita, kita juga tidak boleh rasa cara kita boleh digunakan di mana sahaja!
Panas baran
“Kamu memang bodoh, ini pun boleh salah! Saya tidak ingin sekumpulan dengan kamu lagi, memang geram!” Ada orang panas baran, selalu marah kerana hal kecil, memarahi orang lain, hubungan dengan orang lain mana akan baik! Bukan semua orang perlu berbaik dengan kamu!
Sikap pentingkan diri“
Ini bukan masalah saya, ini masalah kamu…” Orang yang pentingkan diri sendiri hanya nampak diri sendiri, selalunya anggap diri sendiri betul, orang lain mesti ikut, salah kalau tidak ikut! Bayi atau kanak-kanak begitu, dalam dunia mereka hanya mereka. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa seorang yang pentingkan diri tidak matang dari segi personaliti.
Semua hubungan patut dihargai
Saya pernah dengar kata orang: “Saya tidak ingin berbaik dengannya! Apa jua saya ada ramai kawan, tidak perlukan dia…” dengarnya merupakan pecahan hubungan, tidak peduli, tidak perlu membaiki hubungan. Ada orang rasa sifat ini bergaya, tetapi sebenarnya sifat ini tidak betul. Setiap hubungan patut ditubuh dan dikekalkan! Tuhan mengajar kita supaya cintai setiap orang, malah menjadinya sebagai tujuaan kehidupan kita. Marah, benci, bertengkar tidak digemari Tuhan.
Kitab Rom bab 12 kata 18 mempunyai ayat yang pendek, mari kita ingatkan dalam minda: kalau boleh, bertolak ansur dengan orang. Ketahui bagaimana bertolak ansur dengan orang adalah satu perlajaran, juga menunjukkan sikap yang matang!
Bagaimanakah berbaik dengan orang?
Bagaimanakah peperangan dan pertengkaran di anatara kamu berlaku? Bukankah ia berlaku kerana nafsu? (Jacob bab 4 kata 1) Kita mungkin bertengkar dengan orang di sekolah, rumah, gereja, persatuan, hubungan dengan orang tidak baik rasanya tidak baik! Dah tahu Tuhan mahu kita sedaya upaya berbaik dengan orang, perlulah fikirkan bagaimanakan lakukannya. Berikut adalah beberapa perkara penting:
- Jangan biar air muka menjadi halangan
Mahu saya cakap dahulu dengan dia? Kan saya tiada air muka kalau begitu? ” Anak yang berumur lima tahun pun akan bercakap begitu! Ramai orang tidak ingin “menyerah kalah” untuk berbaik dengan orang, rasa kalau mengaku kalah adalah sesuatu perkara yang memalukan! Ini fikiran yang biasa tetapi merupakan perkara yang tidak betul. Tidak ingin berbaik dengan orang kerana air muka. Kita mesti sentiasa mengingati diri sendiri: air muka bukan batasan kebenaran! Perlu berhati-hati! Syaitan selalunya menggunakan “air muka” untuk menghalang kita berbaik dengan orang! Ikuti Yesus, rendahkan diri; berbaik dengan orang, jangan membenarkan air muka menjadi halangan!
- Memanggil telefon kepada Tuhan
“Apa? Dia bercakap begitu dengan kamu? Kalau begitu tidak perlu bercakap dengan dia lagi, lawan sahaja!” Kalau salah cari orang mengatakan masalah kamu dan orang lain, selalunya mengakibatkan situasi dan hubungan menjadi lebih teruk. Sebelum bergosip dengan kawan, panggil telefon kepada Tuhan, iaitu berdoa. Tuhan boleh mengubah fikiran, pandangan dan perasaan kita, adakah kamu percaya? Kalau hubungan kita dengan seseorang tidak baik, kita perlu berlajar membawa perkara tersebut ke hadapan Tuhan, berbincang dengan Tuhan tentang masalah yang wujud, Tuhan mesti tidak akan mengabaikan perasaan kita, kita boleh memberitahu dia segalanya. Berdoa dengan ikhlas, mohon Tuhan membuka jalan untuk kita, memimpin kita berjalan di jalan yang sepatutnya.
- Kamu ada kesalahan kamu, saya juga ada kesalahan saya
“Semuanya kesalahan kamu!” Kalau apa-apa berlaku, kita ada seratus alasan. Setiap orang sudah biasa mempertahankan diri, menjadikan fikiran dan lakukan wajar. Oleh itu, kalau ada masalah, tentu masalah orang lain, bukan masalah diri sendiri. Kalau ada juga hanya masalah kecil, masalah orang lain lebih besar, lebih teruk! Semuanya kelemahan manusia. Kita perlu meminta Tuhan memberi kita hari yang adil, memandang masalah diri dan orang lain dengan adil, jangan hanya melihat masalah kecil orang lain tetapi mengabaikan masalah besar sendiri. Walaupun orang lain bersalah, kita pun selalunya tidak sebaik mana! Kalau ingin menjalinkan hubungan dengan orang lain, kita perlu melihat perkara dengan jelas, mengakui kesalahan sendiri, dan berani meminta maaf atas kesalahan diri sendiri!
- Keikhlasan
“Hei! Minta maaf la! Saya telah meminta maaf dengan kamu, biarkan kamu terima atau tidak.” Tuhan ingin kita berbaik dengan orang lain, kita patut berbaik dengan orang lain, sepatah kata minta maaf susahkah? Ada orang hanya mulut sahaja berbaik dengan orang tetapi hati tidak, mereka ingat hanya kata minta maaf sahaja sudah cukup, terima atau tidak adalah masalah orang lain. Berapa banyak orang akan menerima minta maaf yang tidak ikhlas? Tuhan merupakan Tuhan yang memantau hati, Dia ingin kita berbaik dengna orang dengan ikhlas, bukan sembarangan sahaja.
- Berbaik dengan orang dahulu
“Saya boleh berbaik dengan dia kalau dia berbaik dengan saya!” Ayat ini selalunya didengar! Ramai orang sanggup berbaik dengan orang, tetapi syaratnya pihak lain minta maaf dahulu. Dari segi berbaik dengan orang, kurang orang suka bertindak dahulu. Mari kita lihat kitab Matius bab 5 kata 23-24. Jadi apabila kamu menawarkan hadiah di mezbah, kalau fikir tentang kebencian orang terhadap kamu, tinggalkan hadiah di mezbah, berbaik dengan orang dahulu, kemudian baru datang menawarkan hadiah. Lihat, Tuhan begitu mementingkan hubungan antara manusia, Dia ingin kita membinakan hubungan sebelum menyembah Dia.
- Mengaturkan rundingan damai
Secara terus terang, membuka mulut meminta maaf dengan seorang yang menyinggung perasaan kita satu perkara yang tidak mudah, lebih-lebih lagi mula bercakap dengannya. Dengan itu, kita perlu mengatur dengan baik, tempat dan masa yang sesuai merupakan perkara yang penting, pada situasi tertentu, kehadiran pihak ketiga lebih baik. Apabila hubungan mula bermasalah, jangan anggap tidak tahu, mencari alasan untuk mengelakkan. Hubungan yang telah dimusnahkan kalau tidak dikendalikan akan seperti sel-sel kanser merebak, dendam semakim mendalam, tidak diingini Tuhan. Semasa rundingan damai ingin mengelakkan: tuduh-menuduh, serangan fizikal dan mental, hanya cakap tetapi tidak mendengar, mendiam sepanjang rundingan, membuat bandingan. Cuba menunjukkan kamu mementingkan hubungan itu, biar orang lain rasai keikhlasaan kamu.
Tips:
Cara bercakap dengan sopan santun memudahkan orang lain mendengar percakapan kamu! Cakap lebih banyak yang baik membantu membina hubungan. Perkataan yang baik seperti madu, manis hingga tulang. (Amsal bab 26 kata 24)
Letakkan kemarahan kamu!
Apabila kita nampak dia sudah benci, dalam hatinya kita marah kepadanya. Mungin dia telah menyinggung perasaan kita, tetapi jangan lupa: kita boleh membuat pilihan! Kita memilih untuk terus marah? Atau kita memilih mengampui? Kadang-kala apabila kita melihat dari sudut orang lain, kamu akan mendapati dia sebenarnya juga ada kesiannya! Di sini saya ingin berkongsi dengan kamu semua dua ayat dalam drama < Mulan >
Mungkin ada orang yang jahat, ada orang yang keji. Namun apabila saya berfikir dari sudut dia, saya ketahui, dia lebih kesian daripada saya, jadi, tolonglah memaafkan semua orang yang kamu temui, orang baik atau orang jahat…
Matahari muncul dari timur dan turun ke barat, gelisah pun sehari, gembira pun sehari, jangan terlalu degil apabila menghadapi masalah, orang pun selesa, hati pun selesa…
Petua: Bertoleransi dengan sikap tidak rasional orang adalah korban, tetapi jangan lupa bahawa inilah yang Yesus Kristus ingin kita lakukan…
Orang tengah
Salah satu rahmat dalam khutbah di atas Bukit menyatakan:
Orang yang membawa damai kepada orang diberkati, kerana mereka dipanggil anak Tuhan. (Matius bab 5 kata 9) Rupa-rupanya, Tuhan bukan sahaja meminta kita berbaik dengan orang, Dia juga berharap kita boleh membantu orang lain berbaik. Apabila seorang melakukan jenayah, hubungan dia dengan Tuhan yang suci iaitu Tuhan kita yang penuh kasih sayang telah putus, apakah yang boleh dilakukan? Nasib baik muncul seorang orang tengah – Yesus Kristus, Dia ingin menagung kesalahan kita, mengorbankan diri sendiri, tujuaan terbesar Dia datang ke dunia adalah menjadi jaminan, memulihkan hubungan kita dengan Tuhan!
Jadi, jangan mengganggap Yesus hanya meminta kita lakukannya, sebenarnya Dia juga melakukannya, selepas hubungan Tuhan dengan manusia musnah, Dia telah membina semula hubungan Tuhan dengan manusia, adakah ia menjadi teladaan kita?
Pendamai bukan sesuatu perkara yang mudah, seringnya tidak dihargai. Tetapi Paul memberitahu kita jangan hanya menumpu perhatian terhadap perkara sendiri, kita juga perlu memberi perhatian kepada perkara ornag lain! (Philipians bab 2 kata 4) “Orang tengah” pihak ketiga bukan bosan, penyibuk, sebaliknya, apabila melihat ada orang tidak damai, dia pernah berusaha menyelesaikan persilisihan antara mereka, ia memerlukan kebijaksanaan dari Tuhan, khususnya dari segi teknik percakapan.
Kini ramai orang takut terlibat dalam masalah, di sana ada perselisihan, lebih baik jauhi sana! Fikirkan, adakah mengelak dari perselisihan, berpura-pura tiada masalah adakah pembuatan penganut Kristian sebegini digemari Tuhan? Tuhan tolong membantu kita membantu orang, demi kebaikan orang apabila diperlukan, menjadi orang tengah yang berilmu. Bukan menjadi pahlawan, bukan menarik perhatian, hanya kerana ini ajaran Tuhan, ingin kita berbaik dengan orang.
Ingin menjadi orang tengah, berikut tidak boleh diabaikan:
- Berdoa dengan baik, minta Tuhan mengurniakan kebijaksanaan untuk mengendali.
- Jangan hanya mendengar kata satu pihak sahaja
- Apabila berada dalam keadaan tertentu di mana kedua-dua pihak ada alasan munasabah. Tetapi orang selalunya menang perundingan tetapi kehilangan hubungan, perlulah menegas kepentingan hubungan, bukan hanya betul atau salah.
- Bersiap sedia ucapan kamu, ingati ayat kitab yang dapat digunakan, contoh: kalau boleh, sentiasa berbaik dengan orang…
Biar kita mula dari hari ini, memerhatikan perkara yang berlaku di sekeliling, belajar ajaran Tuhan untuk berbaik dengan orang! Orang yang membawa damai kepada orang diberkati.
Sumber:The Youth Way Fasa 80
Sumber gambar: Direka oleh Freepik