Orang Baik Hati yang Sebenarnya 

Seorang profesor di Sekolah Teologi menggunakan cara yang istimewa untuk pengajarannya. Dia mengarah pelajarnya menggunakan “Ibarat Samaria yang Baik Hati”sebagai tajuk khutbah. Selain itu, dia juga meminta mereka untuk berjalan ke bilik darjah yang berlainan untuk berkhutbah. Dia memberi sesetengah pelajar 10 minit sebagai masa perjalanan. Manakala masa yang lebih singkat diberi kepada pelajar lain. Oleh itu, mereka perlu bergegas untuk menamatkan tugas yang diberikan. Setiap pelajar akan melalui satu koridor yang terdapat seorang perantau yang memerlukan pertolongan.

Hanya segelintir kecil pelajar yang sedang bergegas sudi berhenti untuk menghulurkan bantuan kepada perantau itu. Keputusan ini amat mengejutkan! Sebenarnya, kewujudan perantau itu adalah atas rancangan profesor. Hakikat ini memberi tamparan yang besar dan pelajaran kepada para pelajar.

Bakal pemimpin-pemimpin rohani ini mengabaikan orang yang memerlukan pertolongan hanya semata-mata untuk berkhutbah. Hakikat ini amat mengejutkan kita, tetapi kita tidak berhak untuk mengkritik atau menyalahkan mereka. Ini adalah kerana kita mungkin akan bertindak sebegitu dalam keadaan tersebut!

 “Ibarat Samaria yang Baik Hati”adalah satu ibarat yang kita amat biasa! Yesus mengajar kita tentang mengasihi sesama manusia. Ada berapa orang Kristian yang dapat menjalani kehidupan mengikut kebenaran yang diajar?  

Pada kebanyakan masa, kesibukan hidup menyebabkan kita memendam belas kasihan apabila kita ternampak orang yang memerlukan pertolongan! Malah dalam hati kita akan tertimbul fikiran seperti : “Dia tidak semestinya memerlukan pertolongan saya, orang lain akan menolongnya”, “Jangan menjaga tepi kain orang”,“Jangan menyusahkan diri sendiri”dan sebagainya.

Adakah ini ajaran Tuhan Yesus? Marilah kita merenung topik ini bersama-sama!

Sumber artikel:超越29《色情媒体的陷阱》,砂华人年议会文字事业部

About the author