Pasangan Sejiwa Tidak Semestinya Sempurna 

Pasangan jiwa tidak semestinya sempurna. Dia mempunyai kebaikan dan juga kelemahan. Bagi kamu, dia adalah sempurna apabila kamu telah mengenali dan memahaminya.

Jika kamu berpendapat pasangan kamu adalah sempurna dan kamu dapat bertoleransi dengan segala kelemahannya, maka ini adalah cinta sejiwa. Cinta ini membolehkan kamu berkongsi hidup dengan pasangan kamu. Ia juga membolehkan kamu belajar bekerjasama, menghormati pasangan, memahami, mengagumi dan menghargai pasangan kamu. Dalam proses ini, kamu akan bertukar menjadi orang yang lebih bertoleransi, lebih baik dan rohani kamu juga akan bertumbuh.

Aspek terbaik dalam hidup kamu tidak akan tertimbul jika pasangan jiwa tidak memberi cabaran tertentu kepada kamu. Pasangan jiwa dapat membangunkan aspek yang terbaik dalam hidup kamu. Kamu perlu belajar menangani pelbagai cabaran dalam perkahwinan, contohnya, sikap memilih-milih, mementingkan diri sendiri, merungut, pasif, rajin, keraguan, ketidaksabaran dan sebagainya. Kamu dapat membentuk keperibadian yang baik apabila kamu bersama pasangan sejiwa. Kamu boleh menggunakan kasih yang terpendam dalam hati untuk mengukuhkan diri apabila sikap negatif ini tertimbul, dan ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam perjalanan cinta. Dalam perjalanan mencari cinta sejati, rohani kamu adalah bagai transformasi daripada pupa kepada rama-rama, yang terbang bebas.

Sumber artikel:约翰·格雷著,白莲译《男人来自火星,女人来自金星》,中华工商联合出版社

About the author