Pelajaran Hidup dari Menunggu Bas 

Saya masih ingat beberapa tahun yang lepas, saya menunggu bas bersama anak saya. Setelah sekian lama menunggu, datanglah sebuah bas yang penuh dengan penumpang. Saya berkata:“Bas yang datang pada masa ini tentu ada kesilapan. Kita boleh menunggu bas yang akan datang seketika dan ia mempunyai tempat duduk yang kosong.” Tiga minit kemudian, sebuah bas yang mempunyai tempat duduk yang kosong pun tiba. Anak saya ketawa dan berkata: “Ayah, kamu amat bijak. Kita terpaksa berhimpit-himpit dengan penumpang lain jika kita tergesa-gesa menaiki bas tadi.”Saya pun memberitahu anak:“Kehidupan kita adalah bagai menaiki bas. Kadangkala kehidupan susah dan kadangkala ia selesa. Namun begitu, kita perlu bersabar kerana yang barang yang terbaik akan datang akhirnya.”

Seterusnya, kami perlu menaiki MRT. Setiap MRT dipenuhi dengan penumpang kerana ia adalah waktu pulang dari kerja. Saya pun memberitahu anak saya:“Selepas menaiki bas dengan selesa, kini kita kena bersedia untuk berhimpit-himpit dalam MRT.”Anak saya pun menjawab: “Saya sudah bersedia untuk berdiri.”

Sumber artikel:吴思源《给孩子50种幸福生活》,Bridge Communication

About the author