Pergaulan antara orang memerlukan sejenis 

  • Perbezaan adalah keseimbangan

Seorang ibu yang muda merungut dan berkata

“Suami saya selalu mengganggu cara saya membantu anak-anak untuk membentuk penentuan hidup. Contohnya: Saya merancang jadual masa anak saya dengan baik. Pada jam Sembilan malam sepatutnya merupakan waktu tidur tetapi suami bekerja lebih masa dan kadang-kala balik rumah pada pukul Sembilan lebih. Pada masa itu, anak-anak telah berada di katil masing-masing tetapi belum tidur lagi. Suami saya akan berteriak dengan gembira : “Mari kita pergi makan malam!” Anak-anak turut akan berteriak dengan gembira: “Yeh!” Kemudian mereka melompat dari katil dan mengikut bapa keluar. Akibat tidur lewat, anak-anak susah mahu bangun pagi pada keesokan pagi dan nyaris terlewat sampai di sekolah. ”

Jelasnya di sini, isteri ini merupakan seorang yang pandai mengatur dan merancang. Segala-galanya akan berjalan mengikut jadual dan ini memberi kelegaan kepadanya. Manakala, suami dia mungkin seorang yang lebih relaks, kasual dan menikmati kehidupan. Saya bercakap dengan saudari ini:

Anda berdua adalah pasangan yang secocok dan saya percaya bahawa pada suatu hari nanti apabila anak anda membesar. Mereka akan merenung kepada zaman kanak-kanak mereka. Masa yang paling menggembirakan mungkin bukan kerana membuat kerja mengikut masa yang telah dijadualkan oleh ibu, tetapi adalah masa kepulangan ayah yang mengajak mereka keluar makan malam pada saat mereka tidak rela untuk pergi ke tempat tidur. Anak anda memang memerlukan ibu seperti anda yang pandai merancang supaya mereka menjalani kehidupan yang teratur. Tetapi, mereka juga memerlukan bapa yang yang kadang-kala tidak begitu tegas dalam kehidupan mereka membawa sedikit hiburan. Anda berdua yang berbeza dari segi personaliti memberi keseimbangan dalam kehidupan kekeluargaan.”

  • Perbezaan adalah berkat

Orang yang bijak akan melihat perbezaan diri dengan pasangan hidup sebagai satu kelebihan, bukannya kekurangan. Walaupun dari segi sikap mempunyai kelemahan, ia turut menjadi satu kerja tangan Tuhan untuk membantu kita membesar. Apabila saya membaca alkitab buku Korinthius 13, Paulus menjelaskan apa itu cinta, saya rasa sekiranya pasangan kita memenuhi kehendak kita secara keseluruhannya, maka cinta tidak lagi wujud.

Sekiranya dia tidak menyebabkan saya sedih, bagaimana saya dapat mengasah kesabaran saya?

Sekiranya dia tidak bersalah kepada saya, bagaimana saya dapat melayaninya dengan baik?

Sekiranya dia tidak melakukan apa-apa kesalahan, saya tidak payah melakukan , “Tidak kisah tentang perbuatan salah orang lain”;

Sekiranya dia adalah seorang yang sempurna, mungkin saya belum dapat tahu bahawa saya sendiri adalah seorang yang pandai mengasihi orang.

Rancangan Tuhan adalah memberi kita peluang belajar daripada orang yang mempunyai perbezaan personaliti dengan kita untuk saling menerima, mengagumi dan bersyukur kepada perbezaan antara satu sama lain, serta belajar untuk berkorban, memaafkan, bersabar, berbelas kasihan dan bertoleransi dengan mereka apabila mereka mempunyai kelemahan.

  • Menerima perbezaan adalah cinta sejati

Saya seringkali kehilangan benda tetapi suami pula seorang yang pandai mencari benda. Ada satu kali, saya tidak dapat mencari kunci rumah dan kebetulan pula suami saya bekerja di luar Negara pada masa itu dan lebih melampau lagi adalah saya menyimpulkan bahawa kunci dicuri oleh pekerja di kawasan rumah yang berdekatan. Oleh itu, saya menelefon kepada suami saya. Dia berulang kali memastikan saya sama ada tercampak kunci di mana-mana sudut rumah. Dengan kepastian, saya menjawab : “Sudah tentu ia dicuri dari bakul basikal!” Selepas berbincang dengan suami, kami memutuskan untuk menukar semua kunci pintu besar. Untuk keselamatan yang paling baik, kami menukar kunci yang paling mahal dan membelanjakan lebih kurang empat ribu untuk kunci-kunci.

Setelah suami balik dari luar Negara, dia masih tidak berputus asa untuk mencari tangkai kunci tersebut. Dia menyelit tangan ke dalam beg-beg saya yang mempunyai banyak poket. Kemudiannya saya terperanjat kerana terdengar bunyi tangkai kunci dan kunci tersebut ada di dalam beg saya! Saya berasa sangat malu dan tidak tahu apa yang hendak diperkatakan. Saya menundukkan kepala dan berfikir:“Anda marahlah saya! Tidak kira bagaimana anda tegur saya, saya akan akur.” Tetapi dia ketawa dan menjawab:“Perkara ini sudah pasti mempunyai rancangan Tuhan yang baik. Kita telah tinggal di rumah ini berpuluh-puluh tahun dan kunci yang lama harus ditukar lebih awal lagi. Penukaran ini baik!” Dia tidak menegur atau mengejek saya kerana perbezaan kami- Dia seorang yang cerdas manakala saya seorang yang cuai. Mulai hari itu, saya tersedar apa itu cinta. Baguskan? Saya rasa bukan sahaja pergaulan antara suami isteri atau pasangan kita tetapi juga ahli keluarga dan kawan ataupun antara manusia harus mempunyai satu kemuliaan.

About the author