Perubahan Nasib 

Pada permulaan abad ke -20, dua tokoh cemerlang muncul di Britain. Satu adalah Perdana Menteri Britain, Winston Churchill. Beliau menggunakan kemahiran diplomatiknya yang luar biasa dalam Perang Dunia II untuk mengalahkan ideologi fasis. Kebijaksanaannya yang luar biasa dalam memerintah negara dan wataknya yang setia dan jujur telah memenangi reputasi dan dia dihormati oleh rakyat.

Orang yang kedua ialah ahli mikrobiologi, Alexander Fleming. Pada tahun 1928, dia menemui penisilin. Penisilin mula digunakan secara klinikal pada tahun 1941 dan merupakan ubat yang paling biasa digunakan dengan kesan antibakteria yang baik dalam perubatan moden. Penemuan penisilin telah membawa berita baik kepada kesihatan manusia. Ia, bersama-sama dengan bom atom dan radar, digelar tiga ciptaan utama dunia semasa Perang Dunia II.

Kedua-dua orang ini pernah mengalami nasib buruk semasa kecil. Churchill terjatuh ke dalam lumpur hisap secara tidak sengaja ketika bermain. Dia hampir mati lemas jika dia tidak diselamatkan oleh orang. Keluarga Fleming sangat miskin ketika dia masih kecil dan tidak mempunyai wang untuk belajar. Sekiranya dia tidak mendapat sokongan kewangan dari orang kaya, dia hanya akan menjadi buta huruf apabila besar. Nasib baik, seorang petani terdengar jeritan Churchill dan melompat ke dalam lumpur hisap untuk menyelamatkannya. Orang yang menyelamatkannya ialah ayah kepada Fleming. Ayah Fleming merupakan ahli parlimen England. Untuk membalas budi baik petani yang menyelamatkan nyawa anaknya, dia menolong membiayai pelajaran Fleming sehingga dia menamatkan pelajaranya di Kolej Perubatan St. Mary.

Perskepsi

Ayah Fleming adalah seorang yang sangat biasa, dan ia adalah satu tindakan kebaikan yang biasa baginya untuk menyelamatkan anak itu. Walau bagaimanapun, orang biasa dan tindakan kebaikan biasa ini yang mengubah nasib dua orang, dan dengan itu mengubah nasib berjuta-juta orang di dunia ini! Secara lebih khusus, apa yang mengubah nasib manusia bukan seorang atau sesuatu, tetapi semangat dan kualiti, iaitu: kemuliaan.

Sumber artikel:张婧《心灵盛宴:只需改变自己一点点》,朝华出版社

About the author