Ponteng sekolah 

Pelajaran, pentingkah?

Pelajar tercicir merujuk kepada pelajar yang tidak

menamatkan sekolah tinggi. Kebelakangan ini, saya telah mengendali beberapa kes pelajar tercicir, saya memang bimbang tentang masa hadapan mereka. Tetapi apa guna saya bimban untuk mereka? Dalam hati mereka, pelajaran mungkin tidak penting, tetapi benarkah begitu? Tidak! Melalui kes ataupun kawan di sekeliling, saya mendapati kepentingan pelajaran, ia bukan sahaja satu sijil sahaja. Mungkin pada pelajar, pelajaraan sesuatu yang susah, tetapi harap para pelajar jangan senang putus asa. Kalau boleh, tidak kira apa pun, habiskan pelajaran tengah tinggi selama 6 tahun! Pelajaran, bukan tidak penting…

Ponteng sekolah

Bercakap tentang ponteng sekolah, saya teringat masa saya berada di kelas persediaan. Kelas kami terletak di atas bukit, lokasi yang sesuai dan senang untuk ponteng sekolah. Oleh kerana masalah ponteng sekolah semakin berleluasa, pihak sekolah memindahkan sekolah dari atas bukit ke bawah bukit. Keadaan ini menjadikan ponteng sekolah susah. Namun, terdapat satu perkara yang menarik sampai kini saya masih ingat: seorang pelajar keluar dari bilik melalui tingkap, bersedia untuk ponteng sekolah. Mana tahu, pengetua sedang menunggu di tingkap dengan rotan, dia pun ditangap pengetua, dia pun dirotan!

Pada masa itu, kita masih muda, kawan buat apa, kamu pun ikut sahaja. Apabila ternampak kawan ponteng sekolah, kalau tidak ponteng, macam tidak senang hati. Kali pertama saya ponteng sekolah, saya bimbang ditangkap. Selepas itu, ada kali kedua, ketiga…, semakin berani, ponteng sekolah seolah-olah bukan sesuatu masalah yang besar. Kita selalunya memilih masa selepas peperiksaan, semasa tiada guru mengajar untuk ponteng. Pada masa itu, saya ponteng sekolah kerana seronok, ikut kawan, sebenarnya tidak benar-benar benci pelajaran. Selepas masuk tingkat satu, saya ketahui ponteng sekolah sesuatu yang tidak baik, saya ingin berubah. Kemudian, walaupun selepas tamat peperiksaan guru tidak mengajar, saya masih memilih untuk terus ke sekolah, berbual dengan kawan atau membaca novel di dalam kelas.

Penyakit berkaitan dengan ponteng sekolah

Banyak pelajar mempunyai niat ponteng sekolah.Ada pula yang takut pergi sekolah, ada nama saintifik takut bersekolah.Takut sekolah boleh dibahagikan kepada tidak ingin bersekolah, takut pergi sekolah dan ponteng sekolah.Mari kita ringkaskannya

www.cosmiccare.org/spirit/sheep/past/Doctor-12.asp

Tidak ingin bersekolah

Penyakit ini kebanyaka berlaku pada kanak-kanak, khasnya mereka yang mula masuk tadika atau sekolah rendah. Mereka takut meninggalka ibu bapa, takut hilang pelindungan ibu bapa. Mereka juga mungkin tidak biasa atau takut pergi tempat yang tidak dikenali, takut menghadai bahaya, pada mereka, ia bahaya meninggalkan zon selamat, juga dipanggil kebimbangan akibat perpisahan.

Bagi menangani keadaan ini, ibu bapa boleh melakukan persediaan awalan. Apabila bersedia menghantar anak pergi tadika, boleh membuat rancangan membawa anak pergi ke kawasan berhampiran tadika, menjelaskan kemudahan yang terdapat di tadika kepada anak. Kemudian, biar anak biasa dengan kawasan itu, mengenali guru dan kanak-kanak lain. Ini boleh mengurangkan kebimbangan dan ketakutan mereka, mereka akan berasa selesa pergi sekolah.

Takut pergi sekolah

Sesetengah pelajar akan memberitahu ibu bapa bahawa mereka sakit kepala, pening, sakit perut dan rasa tidak selesa apabila perlu pergi sekolah. Ketidakselesaan ini tanpa makan ubat akan pulih selepas beberapa jam. Doktor juga tidak dapat mengesan apa-apa masalah. Sebenarnya, penyakit ini penyakit mental. Pelajar takut pergi sekolah, berkaitan dengan penyesuaian sekolah, masalah yang mungkin dihadapi ada: masalah berhubung dengan kawan, guru terlalu keras, tidak dapat menghabiskan kerja rumah, tidak dapat mencapai harapan ibu bapa.

Bagi situasi sebegini, ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa untuk memahami sebab-sebab anak takut pergi ke sekolah, membuat penyelarasan yang sesuai.

Ponteng sekolah

Keadaan ini merujuk kepada anak dalam pakaian seragam keluar dari rumah, ibu bapa menganggap dia pergi ke sekolah, tetapi sebenarnya, dia tidak pergi ke sekolah, atau meninggalkan sekolah selepas sampai. Ini soal disiplin, biasanya berlaku pada remaja. Oleh itu ibu bapa perlu lebih memberi perhatian kepada kelakuan anak di sekolah, sekiranya mendapati anak ponteng sekolah, perlu membantu anak ini berubah. Bagi anak yang ponteng, mereka perlu bertaubat, memahami akibatnya, agar diri tidak mengalami kerugian dan kecederaan tanpa diketahui.

Maklumat

Akhbar Inggeris New Straits Times pada 11 Julai 2012, tahun yang lepas telah membuat satu laporan: kes ponteng sekolah pelajar sekolah rendah semakin berleluasa, pada tahun 2010 dan 2011 sahaja, seramai 8000 kes. Bagi sekolah menengah, 11,232 kes pada tahun 2010, 10,488 kes pada 2011. Walaupun merujuk kepada data nampaknya semakin mengurang, tetapi tidak boleh diabaikan!

Menurut kajian Kementerian Pelajaran, nisbah sekolah luar bandar adalah 58.85%, lebih tinggi berbanding sekolah bandar (41.15%)!

www.nst.com.my/top-news/truancy-among-schoolchildren-rampant-1.68301

Menurut laporan Guang Hua pada 21 Julai 2012, rekod jenaya pada tahun 2010, 2237 kes adalah remaja di antara umur 7 hingga 19 tahun, 837 kes pembuangan bayi. Walaupun tidak tahu adakah terdapat pelajar ponteng terlibat dalamnya, namun, mereka mungkin terlibat.

Kes ponteng misteri Bilik kaunseling sering menemui kes sebegini, masalah pelajar menengah tinggi ponteng sekolah menyusahkan ibu bapa.

Kes 1:

Yong pelajar tingkat 5, terlibat dalam perniagaan menjual baru-baru ini. Dia cuba berunding dengan beberapa pelangan, mendapati pendapatan secepatnya pada akhir bulan. Pendapatan ini lebih tinggi berbanding dengan wang saku yang dberi ibu bapa, Yong rasa sangat gembira. Penghargaan dari bos dan rakan sekerja membuat Yong rasa gembira dan sombong. Di rumah, dia semakin tidak menghormati ibu bapa; di sekolah, dia mula berasa belajar tidak bermakna, dia rasa walaupun keputusan SPM baik, wang ganjaran yang diberi ibu bapa tidak dapat dibandingkan dengan gajinya sekarang. Yong semakin kurang pergi sekolah, pada permulaan, dia akan memberi alasan Kemudian, dia memberitahu ibu bapa bahawa dia tidak mahu belajar lagi. Tidak kira bagaimana ibu bapa memujuk pun tidak guna, dia gunakan perkataan keras untuk membalas ibu bapa, ini menyakitkan hati ibu bapa.

Kes 2:

Ibu bapa Jun adalah pekerja, biasanya hanya dia dan nenek yang berusia 80 tahun di rumah. Percutian lepas, Jun rasa bosan, mengenali sekawan kawan permainan talian. Dia hilang kawalan dan tiada orang mengawalnya, setiap hari seleas bangun dia akan kekal di hadapan komputer sehingga tidur. Selepas ibu bapa mendapatinya, mereka rasa tidak senang hati, lalu merampas komputer Jun. Jun marah, hubungan dengan ibu bapa semakin teruk. Dia juga pergi ke kedai komputer apabila ibu bapa pergi kerja. Selepas cuti, dia sering tidak pergi sekolah dengan alasan tidak dapat bangun, mulanya rekod ponteng sekolah. Ibu bapa menasihatinya dengan nada lembut tetapi tidak berguna, lalu memarahi dan memukulnya, tidak berguna juga. Kemudian, Jun semakin mudah marah, malah memukul ibu apabila marah!

Kes-kes di atas menunjukkan bahawa mereka mempunyai alasan sendiri untuk tidak pergi ke sekolah. Nilai mereka terhadap pelajaran berat sebelah, keuntungan dan hiburan menjadi keutamaan mereka. Selepas membuat keputusan, mereka berdegil! Mereka memutuskan pergaulan dengan orang lain, hanya hidup dalam dunia sendiri Sekiranya sesiapa cuba menghalang atau mengubah kehidupan mereka, mereka akan bertengkar dengan kamu!

Kenapa ponteng sekolah?

Mari kita lihat sebab pelajar ponteng sekolah – untuk apa?Pada masa yang sama guna fikiran yang betul!

  • Tidak berminat dengan pelajaran

Ini merujuk kepada tidak berminat dengan cara guru mengajar atau beberapa mata pelajaran, rasa beberapa mata pelajaran tidak berguna pada masa hadapan. Apabila mereka tidak berminat dengan pelajaran, ponteng sekolah biasanya menjadi pilihan.

Fikiran yang betul: Sila mencabar kesabaran diri, menyiapkan kerja rumah! Walaupun tidak berminat, belajar dengan serius, fikir cara untuk memupuk minat, malah boleh memupuk perlakuan! Setiap mata pelajaran ada tujuannya, hadapinya dengan sikap positif!

  • Tidak dapat mengikuti

Pelajar tidak dapat mengikuti pelajaran memang bermasalah, ini mungkin berkaitan dengan keupayaan belajar dan menyesuai. Sekiranya tidak mencari cara penyelesaian, guru pun tidak dapat mengambil kira, mereka mungkin cepat puts asa. Ponteng sekolah menjadi jalan mereka untuk mengelak sikap negative dan tingkah laku.

Fikiran yang betul: Jangan takut lambat! Tanya diri sendiri: adakah saya benar-benar berusaha sepenuhnya? Sebenarnya, memang ada orang yang mengunakan cara yang betul dan berusaha, ada kemajuan, oleh itu, jangan mudah putus asa!

  • Kekurangan kasih sayang keluarga

Kekurangan pengajaran terhadap anak kerana ibu bapa sibuk bekerja, nampaknya anak bebas untuk lakukan apa yang disukai. Apabila mereka tahu ibu bapa tidak ada masa memerhati apa yang dilakukan, mereka buat apa yang disuka sahaja, tidak kira betul atau salah! Ada anak yang berharap dapat menarik perhatian ibu bapa melalui melakukan kesalahan, ponteng sekolah merupakan salah satu cara. Dimarahi ibu bapa bukan sesuatu yang mulia, tetapi sekurang-kurangnya dapat menarik perhatian mereka! Sebenarnya, pembuatan ini salah.

Fikiran yang betul: Setiap orang ada tanggungjawab dan tanggung sendiri. Fahami orang lain, sayang diri sendiri! Masa hadapan kita berada dalam tangan sendiri.

  • Pengaruh rakan sebaya

Perkara ini paling biasa dinampak, kami tidak boleh mengabaikan kesan rakan sebaya. Pelajar biasanya berbagai, mudah belajar perkara jahat, belajar perkara baik susah. Sekiranya kawan ponteng sekolah dengan pelbagai alasan, sendiri pun ingin, maka sama-sama ponteng sekolah.

Fikiran yang betul: Sebenarnya, pengikutan yang salah akan membawa masalah kepada kita! Manusia perlu ada keupayaan untuk membezakan baik dan buruk, perlu berfikir untuk masa hadapan, jangan dipengaruhi kawan, semua dorongan yang tidak baik, ancaman, ugutan, memujuk perlu ditimbang, jangan melakukan perkara yang tidak baik!

  • Mencari kebahagiaan

Kehidupan sekolah yang membosankan ponteng sekolah untuk keseronakan. Ada yang pergi menonton filem, ada yang pergi pusat internet untuk melayari internet. Ada yang pula melepak di pusat membeli-belah, taman permainan, taman, pusat internet. Permainan boleh melegarkan dan menyeronokan, belajar pula perlu disiplin, ketabahan dan tekad. Oleh itu, bagi pelajar yang ketagih dalam permainan, mereka ponteng sekolah untuk mencari keseronokan.

Fikiran yang betul: Aturkan masa untuk makan, minum, main dengan baik…seorang yang tiada masalah merupakan orang yang mempunyai kawalan diri yang baik. Keseronokan memang tidak salah, tetapi jangan lupa bahawa perlu menanggung pembuatan sekarang pada masa hadapan,. Fikirlah!

  • Hubungan sosial

Pelajar menengah tinggi amat mementingkan hubungan antara pelajar. Hubungan dengan pelajar lain sekiranya menjadi tegang, dipulaukan, dibuli akan menyebabkan tekanan psikologi. Apabila peljar tidak dapat menghadapi keadaan di atas, mereka mungkin ada niat ponteng sekolah.

Fikiran yang betul: Menangani perkara dengan cara yang betul, bukan ponteng sekolah! Boleh belajar meningkatkan hubungan sosial dengan membaca, kaunseling, permerhatian, pemikiran. Hubungan sosial yang baik memang boleh membawa keseronokan, tetapi hubungan sosial yang tidak boleh menjadi alasan untuk ponteng sekolah.

  • Tekanan kewangan keluarga

Sesetengah kanak-kanak ponteng sekolah untuk melarikan diri daripada usikan pelajar lain, ada pula kerana perlu bekerja untuk membantu mendapatkan untungan. Ada pula yang perlu bekerja pada malam, tidak dapat pergi sekolah kerana terlalu letih..

Fikiran yang betul: Ini memang merupakan perkara yang agak menyusahkan. Namun, kita percaya yang gigih pasti berjaya! Pelajar yang pertama boleh belajar untuk masa hadapan dir sendiri dan mengabaikan usikan pelajar lain. Pelajar yang seterusnya memerlukan bantuan kerahaan, sosial dan sekolah. Di negara kita, pelajar sebegini tidak banyak. Bah kata: pendidikan merupakan cara terbaik untuk menangani kemiskinan.

Akibat ponteng sekolah

  • Pelajaran terjejas

Tidak mendengar, tidak dapat belajar! Pelajar yang ponteng sekolah serig ketinggalkan kerana terlepas pengajaran, mempengaruhi pencapaian akedemik. Ada pelajar yang mengatakan mereka ponteng sekolah untuk menumpukan perhatian pada belajar di rumah, namun, kita tidak menggalakkan, ini masih bukan cara yang betul.

  • Membuangkan masa

Banyak pelajar yang ponteng sekolah akan lepak di banyak tempat membuangkan masa. Tidak kira apa alasan untuk ponteng sekolah, masa tidak dapat dikembalikan. Masa yang sepatutnya digunakan untuk belajar, kerana pilihan yang salah disia-siakan, takkannya sayang? Pelajar sekiranya memberi tumpuan pada pelajaran, masa hadapan dapat dijamin.

  • Memalukan ibu bapa

Secara amnya, pelajar yang ponteng sekolah biasanya melepak di pusat membeli-belah, pusat internet, taman. Orang ramai biasanya mengganggap mereka sebagai sampah masyarakat atau pelajar jahat. Ada ibu bapa yang mengenali mereka akan menghalang anak untuk terus berkawan dengan mereka. Mereka mungkin rasa ibu bapa pelajar-pelajar ini tidak mengajar dengan baik, ini memalukan ibu bapa.

  • Menjejaskan kehadiran

Ponteng sekolah bukan sahaja menjejaskan kehadiran kelas, juga mengakibatkan pelajar-pelajar yang ponteng sekolah tidak dapat menyertai peperiksaan akhir tahun. Pihak sekolah menetapkan kadar kehadiran sekolah adalah 85%. Pelajar yang ponteng sekolah sekiranya tidak mecapai tahap akan kehilangan pelang untuk mengambil peperiksaan, ia mungkin menjejaskan kehidupan seumur hidup.

  • Memberi imej buruk semasa mencari kerja

Ponteng sekolah memberi perasaan tidak boleh dipercayai, tidak bertanggungjawab, sikap ini akan memberi kesan sikap berkerja. Apabila mencari kerja pertama selepas tamat pelajaran, rekod sekolah akan menjadi penilaian pertama pekerja syarikat. Oleh itu, pelajar yang ada rekod ponteng sekolah akan memberi imej yang tidak baik, perlu lebih berusaha untuk mendapat kepercayaan.

Apabila kawan-kawan ponteng sekolah, apa yang boleh saya lakukan?

Dekati apa serupa apa! Kita perlu berhati-hati semasa memilih kawan. Keupayaan membezakan tidak boleh dikurangkan, sekiranya mendapati pelajar melanggari peraturan sekolah, jangan ikuti. Baik sekiranya boleh memberi nasihat, nasihat itu seolah-olah membantu orang dalam kesusahan, mungkin menyelamatkan nyawanya juga!

Qing: “Kenapa Jia Wen tidak dating kelas baru-baru ini?”
Heng: “Mungkin rumah dia ada perkara!”
Kai: “Tidak, hari itu selepas sekolah, saya nampak dia di kedai berhampiran, nampaknya sedang melepak. Saya bertegur sapa dengan dia, dia pura-pura tidak dengar.”
Qing: “Adakah kamu tersalah nampak?”
Kai: “Saya pasti, saya pakai cermin mata setiap hari!”
Heng: “Anehnya, dia bukan seorang yang akan ponteng sekolah.”
Qing: “Marilah kita pergi menjenguk dia selepas sekolah?”
Kai: “Baik!”
Selepas sekolah, sebaik sahaja turn bas, Qing nampak Jia Wen. Tetapi nampaknya Jia Wen mengelakkan diri daripada mereka, terus lari.
Qing: “Jia Wen! Jia Wen!”
Heng dan Kai menyekat laluan Jia Wen.
Heng: “Jia Wen, kamu hendak pergi mana?”
Kai: “Kan hari itu saya nampak kamu?”
Qing: “Kamu berdua sibuk bertanya, macam mana Jia Wen boleh menjawab? Jia Wen, saya dapati kamu tidak dating kelas beberapa hari ini? Adakah apa-apa yang berlaku?”
Jia Wen: “Tiada! Kamu semua terlalu sensitif.”
Kai: “Jia Wen, kami rakan sekolah yang begitu lama, cakaplah sekiranya ada apa, kami boleh membincang.”
Jia Wen: “Kamu semua tidak dapat membantu saya!”
Heng: “Kamu tidak cakap, macam mana tahu kami tidak dapat membantu kamu?”
Jia Wen: “Kamu masih ingat Wen Kai?”
Heng: “Ingat, bukankah dia telah dibuang sekolah?”
Jia Wen: “Ya, tetapi baru-baru ini dia datang minta wang perlindungan dengan saya, sekiranya saya tidak beri, dia akan beritahu guru tentang kesalahan dulu saya.”
Kai: “Apa kesalahan?”
Jia Wen: “Saya…saya pernah ditangkap menipu dalam peperiksaan oleh Wen Kai. Oleh itu, dia datang merugut saya setiap hari.”
Kai: “Rupa-rupanya begitu, biarlah dia pergi beritahu.”
Jia Wen: “Tidak boleh, guru akan memberitahu ibu saya, ibu akan rasa kecewa. Kamu semua tahu saya tinggal bersama ibu saya, saya mana boleh biar dia ketahui hal ini? Gaji ibu pun tidak tinggi, macam mana saya boleh beri wang perlindungan? Jadi, saya tidak pergi sekolah kebelakangan ini!”
Heng: “Ponteng sekolah bukan cara penyelesaian, pelajaran kamu akan terjejas.”
Qing: “Mari kita berbincang dengan kaunselor, dia mungkin ada cara penyelesaian.”
Jia Wen: “Tak perlu begitu!”
Qing: “Kalau ibu kamu tahu, dia akan rasa sedih.”
Heng: “Betul, kamu fikir sendiri, ibu kamu bekerja kerap berharap kamu ada masa hadapan yang cerah?”
Kai: “Jangan takut, kita hadapinya bersama-sama, jangan terus begini!”
Jia Wen: “Baiklah!”

Kadang-kala kita mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah rakan sekolah, tetapi menemani dan memberi perhatian merupakan sokongan yang terbaik. Sekurang-kurangnya dia bukan keseorangan, boleh mencari orang untuk bercakap dengan. Seperti masalah yang dihadapi Jia Wen, ada pelajar yang tidak dapat menemui, perlu bantuan guru. Secara umumnya, pihak kaunseling di sekolah memang bersedia untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah, jangan membuat perkara yang menyesalkan.

Bagaimana ponteng sekolah dari segi (Kitab)

Kitab tidak memberitahu Kristian tidak boleh ponteng sekolah? Namun, kita boleh berfikir tentang prinsip-prinsip berikut.

Adakah ia memuliakan Tuhan?

(Kitab)(Korintus) Bab 19 kata 31, “Tidak kira bagaimanapun, perlu memuliakan Tuhan.” Ponteng sekolah sesuatu pembuatan yang salah, akan dihukum pihak sekolah, tidak memuliakan Tuhan. Sebagai Kristian, kami perlu ada tingkah laku yang baik, idak memalukan kemulian Tuhan! Oleh itu, Kristian perlu menjauhkan diri daripada berbuat demikian.

Adakah ia mendatangkan manfaat?(Kitab)

(Korintus) Bab 10 kata 23 “Segalanya boleh dilakukan, tetapi bukan semuanya mendatangkan manfaat; segalany boleh dilakukan, tetapi bukan semuanya membina.” Tidak kira apa alasan ponteng sekolah, kita tahu ia tidak mendatangkan sebarang manfaat, Kristian sekiranya ponteng sekolah merupakan tingkah laku yang tidak baik. Ponteng sekolah sering mengakibatkan pelajar mengabaikan pelajaran, sekiranya menjadi tabiat, akibanya buruk.
Adakah ia membina?Ponteng sekolah bukan tingkah laku yang baik, tidak membina. Ia juga mencemarkan kelakuan, Kristian perlu memupuk kemulian akhlak dan emosi, berguna seperti garam.
Adakah ia ciri-ciri dunia atau dari Tuhan?(Kitab)(John) Bab 2 kata 16 berkata “Kerana semua perkara di dunia, seperti nafsu badan atau mata, keangkuhan, bukan dari Tuhan, tetapi dari dunia.” Ponteng sekolah mungkin membolehkan kita menikmati kehidupan, tetapi bukan sesuatu keseronokan yang benar, perlu menanggung akibatnya! Kita sebagai pelajar, perlu memberi perhatian kepada pelajaran, inilah perkara yang disukai Tuhan. Oleh itu, berfikirlah sebelum ponteng sekolah.

Kata yang ikhlas

Mereka sekumpulan pelajar tercicir, iaitu pelajar yang tidak menamatkan pelajaran sekolah tinggi. Mula-mulanya, mereka hanya ponteng sekolah sahaja. Kemudian, ada yang dibuang sekolah, ada yang tidak dapat menghabiskan kerja rumah, lama-kelamaan tidak berniat pergi sekolah, malah dengan alasan lebih awal bekerja dapat beruntung lebih, namun adakah mereka menyesal? Mari dengar kata mereka. (Semua nama digunakan merupakan nama samaran)

Ming: Saya bukan kata saya sekarang tida baik, namun tidak kira apa perlu belajar lebih banyak, mengenali lebih banyak perkataan! Kamu lihat saya, terpaksa membuat kerja keras seumur hidup, tidak mati kelaparan, tetapi tidak dapat memilih! Ming berasa tidak berdaya, adakah kamu sedari?
Sing: Jangan rasa ponteng sekolah begitu menyeronokan! Tidak kira bagaimana, belajar lebih baik daripada bekerja, sekiranya dahulu saya berusaha, pilihan sekarang tidak akan begitu sedikit! Saya ingin menasihati semua jangan mengikut saya, yang kesal hanya diri sendiri. Adakah kamu mendengar nasihat Sing?

May: Sesungguhnya, bila imbas balik, memang tidak patut, ia berlaku hanya beberapa bulan. Pada masa itu, berkawan dengan kawan yang ponteng sekolah, saya pun ikuti, kemudian tidak ingin belajar apabila sampai tingkat tiga, namun cari kerja pun susah, sering dipandang rendah, sekarang saya tidak ingin anak saya mengikut jalan saya. Adakah kamu rasa kesalan May?

Sumber: The Youth Way Fasa 111

About the author